Semalam sewaktu sedang mengikuti siaran langsung perlawanan bolasepak antara Jerman dan Ghana yang berkesudahan seri 2 sama , MMI di hujani dengan pelbagai berita yang dihantar oleh rakan-rakan melalui aplikasi whatsapp.
Macam biasa aplikasi itu sering kali menjadi salah satu daripada perhubungan MMI masa kini dengan ratusan rakan-rakan lain selain daripada aplikasi-aplikasi lain.
Daripada banyak maklumat yang dikongsikan MMI tertarik dengan satu daripadanya dan jari-jemari pun mula bergerak-gerak tanda bahawa ia mahu menulis.
Namun kerana sedikit rasa letih MMI putuskan untuk menulis pada pagi ahad memandangkan ianya hari cuti jadi memudahkan MMI setelah kepenatan bersorak girang menyokong pasukan Jerman dan Ghana.
Gambar diatas adalah salah satu kejadian kemalangan yang pernah berlaku di bumi Malaysia.
Jika dilihat pada gambar tersebut jelas sekali ia bukan satu kemalangan biasa kerana entah bagaimana van tersebut boleh pula tergantung di antara tiang dan sebuah kenderaan lain.
Seolah-olah satu lagi keajaiban dunia berlaku ! Namun MMI yakin apa yang berlaku itu punya sebab tersendiri dan sudah semestinya ia tetap merujuk kepada sikap pemandu di Malaysia.
Samalah juga dengan satu lagi insiden yang berlaku petang semalam ! MMI kurang pasti dengan pendapat ampa semua tetapi MMI optimis ianya berlaku kerana sikap manusia juga.
Dan dalam keadaan tertentu mungkin kerana terlalu berbangga sebelum ini kononnya kitalah yang paling sempurna maka apa yang berlaku ini sudah pasti membuktikan sesuatu.
Proses pemilihan parti PKR Cabang Kuala Langat !
Mungkin penyokong PKR atau mereka yang obses dengan Pakatan Haprak akan melihat insiden ini sebagai perkara biasa yang disebabkan oleh sikap sesetengah orang dan bukannya semua.
Yaa , MMI setuju pandangan tersebut dan ianya samalah dengan kejadian-kejadian kemalangan di atas jajanraya bukan semua pemandu kita bersikap kurang ajar.
Cuma kita kena ingat bila berlaku semua terlibat !!
MMI
No comments:
Post a Comment