Followers

Wednesday, 4 June 2014

Lagi Pendedahan Yang MELOYAKAN Tekak Yammy


Nampaknya pendedahan demi pendedahan di dedahkan melibatkan ibu kepada Dyana Sofya dan ianya semakin panas.Dari pengamatan MMI pendedahan ini akan berterusan selagi mana beliau terus-terusan menongkah arus mempertahankan tindakannya merelakan anaknya bersama DAP.

Ini bukan soal menghukum tetapi bagi MMI ianya melibatkan sikap ahli UMNO.Jika beginilah sikap kita sudah barang pasti UMNO akan semakin rosak kerana ahli sendiri tidak punya tanggungjawab untuk menyakinkan keluarga sendiri bahawa perjuangan UMNO adalah jauh lebih baik daripada parti yang pernah menghalau orang Melayu satu ketika dulu.

Entah mengapa Yammy bersikap demikian tetapi berdasarkan pendedahan terkini jika ianya benar maka jelas ada udang di sebalik batu.

MMI yakin semua ini hanya akan terhenti sekiranya Yammy mengambil keputusan untuk memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO tentang sokongannya terhadap DAP walaupun beliau hanya mengaku menemani Dyana sepanjang kempen bersama DAP di Teluk Intan baru-baru ini.

Apa pun terpulang pada tuan badan...

Bagi merungkai pendedahan tersebut sila baca di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels