Followers

Friday 13 June 2014

Mana Pi Suara Christopher Leong Bila Dia Ni Nak Buat ONAR Dekat MeloyaKini ??


Majlis Peguam serta pihak tertentu lain yang melihat tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini sebagai mengancam kebebasan media dan melanggar hak asasi manusia kini barangkali perlu menyatakan pendirian mengenai tindakan sama yang mahu diambil Dr Xavier Jeyakumar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seri Andalas itu menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap portal berita pro-pembangkang itu jika ia tidak memohon maaf dalam masa 48 jam kerana menyiarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau baru-baru ini.

Dr Xavier mendakwa, artikel berkaitan dakwaan rasuah yang dilemparkan oleh ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 5 Jun lalu adalah fitnah dan tidak benar.

Menurut Dr Xavier, laporan berkenaan adalah tidak sahih, dan dengan itu telah mencemarkan imej dan kepimpinan beliau sebagai ADUN, bekas Exco Selangor serta antara pemimpin tertinggi dalam PKR ketika ini.

Dr Xavier Jeyakumar“Kesemua dakwaan atau berita yang dilaporkan itu tidak benar sama sekali.

“Banyak media lain mengambil (memetik) artikel itu dan menyiarkannya (semula)…ia tidak benar.

“Anda (Malaysiakini) tidak mendapatkan komen saya. Jika anda seorang yang bertanggungjawab dan beretika, anda patut menghubungi dan mendapatkan jawapan saya terlebih dahulu sebelum menerbitkan artikel itu,” kata Dr Xavier dalam satu sidang media, Khamis.

Artikel yang beliau maksudkan berjudul “PKR top leaders implicated in bribery claim” yang turut diterbitkan dalam bahasa Malaysia dengan tajuk “Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah” yang disiarkan Malaysia kini minggu lalu.Baca Seterusnya 

Mana pi puak-puak yang mengaku peguam la sangat tu ?? Bersuara la sikit , kot ya pun keluar statement kutuk Jeyakumar ni sebab menyekat kebebasan media atau apa-apa saja yang berkaitan seperti mana mereka mengkritik YAB PM.

Kenapa diam ? Lahanat !!!!

Baca artikel berkaitan SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels