Followers

Thursday, 19 June 2014

Memang Benarlah Guan Eng LIDAH BERCABANG !!


Berikutan pertuduhan yang dikenakan terhadap RSN Rayer akibat daripada tindakan Adun Seri Delima itu menghina pemimpin UMNO dan orang Melayu , Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpaksa berbohong semata-mata untuk membela RSN Rayer yang bakal dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Dalam satu kenyataannya kepada media , Lim Guan Eng menegaskan Rayer tidak pernah mengeluarkan perkataan UMNO celaka di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana Guan Eng benar-benar mengambil berat terhadap isu ini kerana banyak pihak lain di luar sana termasuklah media pro-pembangkang sendiri pun sedar Rayer pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu di luar dewan khususnya sewaktu PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.

Satu tindakan dangkal lagi bodoh yang dilakukan oleh seorang Ketua Menteri apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.Ini kerana bukan sahaja sudah tersebar tetapi rakaman yang menunjukkan Adun Seri Delima ini mencerca pemimpin dan orang Melayu sudah pun menjadi bukti betapa rasisnya pemimpin DAP yang sesuka hati menghina orang lain.

Agak hairan bagaimana Guan Eng selaku Ketua Menteri yang dilaporkan mempunyai ramai pegawai media pun boleh terlepas pandang tentang hal ini kerana banyak video ceramah Rayer semasa kempen pilihanraya kecil Bukit Gelugor telah membuktikan dakwaan tersebut.



Guan Eng ternyata berbohong semata-mata untuk menyelamatkan seorang pemimpin DAP yang secara jelas telah menghina orang Melayu dan UMNO.Tak perlu menegakkan benang yang basah kerana video diatas jelas membuktikan Guan Eng BERBOHONG ! sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels