Followers

Tuesday 3 June 2014

PEGAWAI JAKIM SANGGUP MAKAN CADBURY


Berikutan pengumuman oleh pihak JAKIM berkenaan status HALAL melibatkan coklat keluaran Cadbury sebagai HALAL , banyak pihak di lihat masih trauma dengan kenyataan awal yang menyebut bahawa coklat tersebut adalah tidak HALAL berdasarkan kepada laporan yang menyatakan terdapat DNA babi pada bahan makanan tersebut.

Walaupun pihak JAKIM sudah pun mengesahkan status HALAL bagi produk itu , rata-rata masyarakat khususnya orang-orang Islam masih lagi was-was memandangkan DNA babi dan yang seangkatan dengannya merupakan perkara paling sensitif dan amat di titik beratkan oleh agama Islam.

Di sebabkan itu bagi membuktikan status HALAL yang di berikan kepada coklat Cadbury tidak di ragui , JAKIM sanggup mengorbankan para pegawainya untuk meyakinkan rakyat tentang kehalalan coklat berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Hab HALAL JAKIM , Amri Abdullah berkata beliau dan rakan-rakannya bersedia untuk melakukan demontrasi memakan coklat tersebut bagi meyakinkan orang ramai khususnya orang-orang Islam.

pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya.

Melihat kepada tindakan susulan pihak JAKIM ini boleh di katakan mereka agak terdesak untuk membuktikan sepenuhnya bahawa coklat yang menjadi isu itu benar-benar HALAL.Sebagaimana yang di persoalkan sebelum ini tentang bagaimana sampel mula yang di dapati mengandungi DNA babi boleh di kesan sedangkan kajian untuk sampel di pihak pengeluar di dapati negatif tidak mengandungi DNA babi.

Persoalan kini adalah bagaimana sampel di pasaran boleh terdapat DNA babi ?

Inilah sebenarnya yang menjadi pertikaian banyak pihak ketika ini.Bagaimana keputusan awal daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk ?

Dua kenyataan berbeza di antara KKM dan JAKIM menjadi kegusaran banyak pihak khususnya oleh orang-orang Islam.

Untuk rekod ini bukan soal pegawai JAKIM makan coklat atau orang Islam begitu terdesak untuk memakan coklat keluaran Cadbury kerana mereka boleh sahaja mengelak daripada membeli produk keluaran Cadbury tetapi soal HALAL dan sejauh mana proses pemantauan serta pengesahan HALAL di lakukan.

Sehingga kini sudah timbul keraguan sejauh mana produk dan bahan makanan lain yang berada di pasaran benar-benar HALAL atau tidak ? sumber

Komen MMI rasanya lepas ni dah tak beli kot coklat Cadbury..

MMI

2 comments:

  1. Mcm lain lain Kilang cina utk di periksa oleh JAKIM dah diketepikan dulu... FAMA pun dah byk kali terkena dgn pekebun cina sayur yg di siram dgn najis babi tak diberikan kpd pegawai FAMA... Tak caya?

    ReplyDelete

Labels