Aksi Piala Dunia semakin rancak dengan keputusan-keputusan di luar dugaan seperti mana yang berlaku terhadap pasukan Sepanyol yang telah dimalukan oleh Belanda dengan 5 gol berbalas 1.Kini nampaknya tradisi itu berlaku sekali lagi apabila pasukan Jerman pula aibkan pasukan Portugal dalam aksi pada pagi tadi.
Dalam Piala Dunia ni ada STAR pun belum tentu boleh menang beb .. Sama la kita dalam dunia politik ada banyak kelebihan pun belum tentu menang sebab orang nak yang ada kualiti.Kena fikir sama tu ...SALVADOR: Pasukan Jerman membuat kejutan besar pada Piala Dunia 2014 apabila membenam pasukan Portugal 4-0 dalam perlawanan Kumpulan G kejohanan tersebut di Arena Forte Nova, awal pagi tadi.Kemenangan tersebut sebahagian besarnya disumbang jaringan hatrik oleh Thomas Mueller.Jaringan tersebut berjaya membantu Jerman meraih tiga mata penuh, meletakkan mereka di tangga teratas.Jaringan pertama menyaksikan sepakan penalti oleh Mueller pada minit ke-11.Penalti itu diberikan setelah pemain Jerman, Mario Goetze ditarik oleh Joao Pereira dari Portugal.Pada minit ke-37 pula, Jerman menjaringkan satu lagi gol hasil dari tandukan Mats Hummels menjadikan keputusan 2-0.Tambah malang buat skuad Portugal apabila pada minit ke-37 menyaksikan pemainnya, Pepe dilayangkan kad merah kerana mengasari Mueller dengan menghayunkan tangannya ke belakang, ke arah muka Mueller.Mueller yang kemudiannya terduduk kesakitan, dihantuk pula oleh Pepe dengan kepalanya membuatkan pengadil segera melayangkan kad merah dan mengarahkan Pepe keluar padang.Portugal terpaksa meneruskan permainan dengan hanya 10 orang pemain.Kesengsaraan Portugal ditambah lagi pada minit ke-45 apabila Meuller sekali lagi menjaringkan gol setelah berjaya melepasi penjaga gol Portugal, Rui Patricio.Pada separuh masa kedua pula, Mueller mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol keempat buat Jerman dan yang ketiga bagi dirinya menerusi jaringan minit ke-78 hasil hantaran dari Andre Schurrie.Jaringan oleh Mueller itu menjadikan kedudukan 4-0 buat Jerman.Sementara itu, pasukan Iran dan Nigeria terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan dalam saingan Kumpulan F Piala Dunia FIFA 2014, di Arena da Baixada.Pasukan Nigeria atau ‘Super Eagles’ nampaknya tidak berjaya melepasi benteng pertahanan Iran meskipun dapat mengawal bola lebih dari 60 peratus permainan.Nigeria juga kelihatan lebih menguasai perlawanan namun gagal menyempurnakan beberapa peluang yang diperolehi.Keputusan berakhir dengan Nigeria 0-0 Iran.astroawani
MMI
No comments:
Post a Comment