Apa yang boleh MMI katakan adalah disebabkan oleh porak-peranda dalam Pakatan Haprak , pencacai angkat najis pembangkang kini hilang tumpuan malahan sikap mereka kini bukan sahaja memalukan tapi lebih kepada syok sendiri.
Sejak dua tiga hari kebelakangan ini heboh di media sosial tentang berita Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan hari ini (Jumaat) berikutan rombakan kabinet yang akan diputuskan oleh YAB Perdana Menteri.
Tak cukup dengan itu portal pro-pembangkang pun pulun bukan main !
Apa yang puak ni dapat ? Haaa sebenarnya mereka sendiri pun dah tahu bahawa cerita rekayasa itu hanyalah satu andaian dan story yang dibuat-buat dengan harapan ianya akan BOOM !! Bila dah semua panik maka puak-puak musibat ini akan mula masuk jarum untuk menjadikan barisan kabinet YAB PM dilihat sebagai caca-merba.
Paling mereka takut adalah kemasukan semula wakil daripada MCA dan Gerakan ke dalam kabinet kerana mereka tahu jika itu berlaku Barisan Nasional akan lebih kuat.
Apatah pula dalam keadaan DAP sedang trauma akibat kekalahan disebabkan eksperimen bodoh nak mempergunakan Melayu baru-baru ni.
Untuk rekod Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menafikan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berikutan itu Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat selaku Timbalan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri mahu mengekalkannya.
Muhyiddin ditanya pemberita mengenai khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Menjawab soalan, sambil seloroh katanya beliau hanya cuti biasa terutama pada Sabtu dan Ahad.
Spekulasi Muhyiddin akan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri mula tersebar ketika Najib dijangka mengumumkan rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Kepada puak pembangkang yang terover sangat tu .... Sorry bro , MMI kesian sangat dekat ampa try cara lainlah..
MMI
No comments:
Post a Comment