Followers

Tuesday 24 June 2014

Yang Pasti 2 Wakil Sudah SENADA Yang Lain Bila Lagi ??


Semua pihak digesa menerima keputusan  Mahkamah Persekutuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald dan menjadikannya pengajaran.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Senator Datuk Dr Johari Mat ketika ditemui bnbbc.my berkata, rakyat seharusnya menerima keputusan yang telah ditetapkan makamah tanpa perlu untuk dipertikaikan lagi.

Beliau juga berharap agar tidak ada lagi pihak yang cuba untuk membangkitkan berkenaan larangan ini dan terus menghormati undang-undang sedia ada berdasarkan Perlembagaan Negara.

“Saya harap keputusan ini akan diterima oleh semua pihak dan tidak ada lagi apa-apa pertikaian. Ianya ttelah diputuskan itu dan haruslah dihormati.

“Terimalah keputusan ini dengan hati terbuka dan dengan senang hati. Ikutlah undang-undang yang telah kita sama-sama setuju,” katanya di Dewan Negara pada Isnin.

Kenyataan itu turut mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Negara Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mana beliau berpendapat bahawa umat Islam seharusnya bersatu padu dalam isu mempertahankan agama Islam.

Menurut beliau, umat Islam perlu dilihat bersatu terutamanya melibatkan soal agama bagi memelihari kesucian Islam dari terus dipertikaikan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi umat Islam itu sendiri perlu memainkan peranan untuk kita bersatu dan dilihat bersatu dalam hal-hal melibatkan kepentingan umat Islam, kita sepakat dan dilihat sepakat dalam hal-hal Islam.

“Kita boleh berbeza dalam banyak-banyak hal, tetapi dalam hal-hal dalam kepentingan agama kita wajib bersatu,” jelas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini yang meneruskan larangan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan The Herald.

Ini menjadikan keputusan yang pernah dikeluarkan Mahkamah Rayuan kekal bagi melarang penerbitan akhbar tersebut dari menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahasa Malaysia.

“Ini satu pengajaran yang penting untuk kita meletakkan satu nokhtah terhadap isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam.

“Ini satu perkara yang mustahak untuk semua pihak berlapang dada dan terus tegar mempertahankan asas-asas kenegaraan kita terutamanya yang terletak di dalam Perlembagaan Negara,” tambah Asyraf.bnbbc

Yang Pasti 2 Wakil Sudah SENADA Yang Lain Bila Lagi ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels