Followers

Friday 18 July 2014

AMBIGA Tiada Hak Guna Nama NEGARAKU !!


Sebenarnya tidak ada apa yang harus dihairankan apabila Ambiga serta beberapa kepimpinan pro-pembangkang yang sering kali menjadikan NGO sebagai pentas untuk menyebarkan dakyah kepada rakyat Malaysia menubuhkan NGO baru.

Malah NGO-NGO ini sentiasa tumbuh bagai cendawan selepas hujan walaupun ada diantaranya langsung tidak aktif dan tidak punya keahlian yang benar-benar tulen.Daripada respon beberapa pihak yang terlibat boleh dikatakan NGO-NGO ini membariskan wajah-wajah yang serupa dan hanya dibezakan dengan nama NGO yang dianggotainya.

Rakyat Malaysia juga sedar sebenarnya dan mereka-mereka ini sering kali menjadikan NGO untuk memudahkan gerak kerja politik.BERSIH umpamanya semenjak diwujudkan programnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah di jalanraya berdemontrasi menuntut sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Namun setelah beberapa kali menggerakkan himpunan yang kononnya diadakan atas nama rakyat , mereka tahu bahawa ianya tidak mampu merubah apa-apa.PRU13 menjadi saksi bagaimana majoriti rakyat masih memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan walaupun pihak pembangkang terkinja-kinja kononnya undi popular memberikan kelebihan kepada mereka.

Alasan demi alasan yang cuba didakyahkan kepada rakyat seolah-olah meletakkan pasukan pembangkang dan pemimpinnya seperti orang tak ada otak.Hakikatnya mereka tahu undang-undang yang diguna pakai oleh pihak SPR dan sistem pilihanraya di negara kita.

Kini setelah beberapa ketika mereka muncul lagi ! Kali ini kelihatannya mereka bukan sahaja sedang menjenamakan semula BERSIH tetapi cuba untuk mengambil kesempatan terhadap nama baru yang dicadangkan.

Awal minggu lalu, Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU).

Apakah kewajaran NEGARAKU digunakan oleh NGO yang mempunyai rekod mewujudkan keresahan rakyat selain daripada suasana huru-hara ?

Justeru itu  Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penubuhan mana-mana NGO yang memiliki tujuan dan agenda khusus yang belum terbukti bermanfaat kepada masyarakat tidak boleh berselindung di sebalik nama rasmi yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Nama NEGARAKU telah termaktub sebagai nama rasmi lagu kebangsaan.

“Jadi tindakan menggunapakai nama NEGARA-KU sebagai nama pertubuhan yang hanya dianggotai oleh kumpulan minoriti tertentu hanya akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan.

“Maka adalah sangat tidak wajar bagi pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk meluluskan pendaftaran NGO baru ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak ISMA , sewajarnya pihak ROS tidak meluluskan nama NEGARAKU untuk digunakan oleh NGO terbabit dan ROS juga perlu memastikan supaya tidak ada lagi mana-mana pihak selepas ini membuat permohonan untuk menggunakan nama-nama seumpamanya yang memiliki nilai-nilai kebangsaan.

Bukan menghalang kewujudan NGO tetapi biarlah ianya kena dengan cara dan matlamatnya.Kewujudan BERSIH sudah pun mencemarkan imej negara sebelum ini rasanya cukuplah sekadar itu negara kita di hina.sumber 

MMI

1 comment:

  1. sepatutnya di pakai nama Neraka-ku, baru sesuai dengan matlamat NGO yang di bawa oleh keling betina ni

    ReplyDelete

Labels