Followers

Thursday 10 July 2014

Argentina Iringi Jerman Ke Final Piala Dunia


ARGENTINA mengisi slot ke pentas akhir Piala Dunia 2014 bertemu Jerman selepas menang melalui penentuan penalti 4-2 ke atas Belanda pada aksi separuh akhir, awal pagi Khamis.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga masa tambahan.

Argentina yang diketuai Lionel Messi menamatkan kemarau 24 tahun ke pentas akhir selepas kali terakhir 1990.

Permainan seimbang kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan gol yang menyaksikan Belanda kempunan untuk mencipta sekali lagi sejarah ke final selepas edisi 2010 mereka dinobatkan sebagai naib juara, tewas kepada Sepanyol.

Manakala Argentina merangkul trofi Piala Dunia kali terakhir pada tahun 1986.msar

Psst kekalahan memalukan Brazil ketika bertemu Jerman masih lagi menjadi cakap-cakap seluruh penduduk dunia ! Hebatnya bolasepak ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels