Followers

Monday 14 July 2014

Bagi MEREKA Tidak Ada Yang Lebih Penting Selain Dari KESEMPATAN POLITIK !!


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang menyifatkan kejadian serangan terbaru di Sabah sebagai "baling kasut kepada Najib" merupakan perbuatan yang besar kepada dan juga biadap.

Kenyataan Lim Guan Eng itu seolah-olah pengganas terbabit menyerang Sabah kerana lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke negeri berkenaan.

Dalam masa yang sama beliau turut mendakwa kerajaan yang dipimpin oleh Najib tidak dapat menjamin keselamatan rakyat dan tidak mempu melindungi negara.

“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Guan Eng mungkin boleh bercakap dan membuat tuduhan secara membabi buta kerana beliau bukanlah sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan di Sabah.Jika ada sekalipun mungkin setakat sokongan di peringkat parlimen tetapi hakikatnya kerajaan sudah pun melakukan yang terbaik dengan memberikan keutamaan kepada ESSCOMM.

Walaupun begitu kerajaan tetap melakukan perubahan dalam ESSCOMM seperti mana yang telah dilakukan adalah Perdana Menteri dengan mengarahkan dua buah pelantar minyak Petronas yang dilengkapi radar diletakkan di perairan Semporna dan Lahad Datu sebagai benteng awal pertahanan sementara kapal Bunga Mas 5 pula dijadikan sebagai kapal induk untuk kawalan keselamatan di perairan itu.

Sesuatu yang harus di fahami oleh rakyat dan semua pihak adalah walaupun keselamatan diperketatkan dari masa ke semasa adalah sukar untuk kita mencapai tahap keselamatan 100% memandangkan kedudukan Sabah itu sendiri dengan keadaan geografi selain dari zon konflik senjata api yang berada tidak begitu jauh dari kawasan terbabit.

Kenyataan Guan Eng kononnya serangan itu berlaku disebabkan kehadiran Najib ke bumi Sabah tidak ubah sekadar satu lagi tuduhan politik yang dibuat secara melulu memandangkan Sabah sememangnya berada dalam keadaan kawalan pihak berkuasa disebabkan aktiviti dan kegiatan lanun dan pengganas yang sering kali mengancam keselamatan rakyat di sana.

Dan untuk makluman Guan Eng kerana itulah ESSCOMM di wujudkan !

Pemimpin pembangkang sememangnya lebih bercakap daripada membantu warga Sabah khususnya dalam soal keselamatan.Pada ketika kerajaan sudah dan sedang melakukan penambahbaikkan untuk memastikan tahap keselamatan mencapai tahap yang sepatutnya , pemimpin seperti Guan Eng seharusnya melihat kepada hal yang lebih besar bukan bermain politik.

Malah sebagai seorang Ketua Menteri tindakan Guan Eng itu amat memalukan kerana Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya dengan aktiviti jenayah walaupun berada dalam kedudukan yang jauh lebih selamat daripada Sabah.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels