Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku , para pemimpin DAP bukan sahaja tidak pernah mahu berbicara soal parti mereka sendiri tetapi turut mengambil sikap membisu khususnya berkenaan pemilihan CEC parti yang sehingga kini masih tergantung.
Jika diikutkan daripada keceluparan mulut pemimpin DAP menghentam kerajaan rasanya semacam DAP tidak punya masalah.
Ada juga yang berkata mungkin dengan cara sedemikian mereka (DAP) dapat mengelak daripada lebih ramai rakyat sedar perkara sebenar berkaitan ketidaksahihan jawatan-jawatan tertinggi parti DAP kerana masih digantung oleh pihak ROS.
Walaupun mereka cuba menutupnya bau bangkai tetap dapat dihidu , terkini kemelut DAP negeri Kedah bagaikan tiada kesudahan apabila dua mesyuarat agung tahunan (AGM) akan diadakan bagi memilih pemimpin dan Ahli Jawatankuasa (AJK) peringkat negeri yang baharu.
Petang ini AGM yang diketuai oleh Pengerusi DAP Kedah yang sah iaitu Lee Guan Aik akan diadakan di pejabat DAP negeri di Taman Kristal , Mergong.
Guan Aik bertegas untuk tetap mengadakan AGM tersebut kerana tidak mahu DAP negeri terus dirosakkan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
"Kita ada dua AGM , nak jadi macam mana ? Jadi macam kartun ? Ini semua salah pemimpin pusat yang masuk campur urusan DAP Kedah."
Keadaan menjadi kelam kabut apabila satu lagi AGM akan diadakan pada 26 September depan oleh Jawatankuasa Interim DAP negeri yang diketuai Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Apakah hak Zairil untuk mengadakan AGM bagi DAP negeri Kedah ? Atas bidang dan kuasa apakah yang diguna pakai oleh beliau ?
Inilah yang menjadi punca kepada berlakunya krisis di antara DAP negeri Kedah dan DAP Pusat.Apatah lagi dengan campur tangan orang luar yang statusnya masih belum lagi disahkan menyebabkan ahli-ahli DAP kini mula hilang rasa hormat terhadap pucuk pimpinan parti.sumber
Dulu Asal Pendatang ! Memang bangsat la puak ni ..
MMI
No comments:
Post a Comment