Followers

Wednesday 9 July 2014

BRAZIL Tahap MALAYSIA Ja !!


Kalau ada yang rasa nak marah-marah dekat MMI sebab tajuk kat atas tu lebih baik tahan sedikit dan baca sampai abis dulu.Semua orang dah tau Brazil bukan sahaja telah dikalahkan tetapi sudah diaibkan oleh pasukan Jerman dalam separuh akhir piala dunia dengan 7 berbalas 1 gol awal pagi tadi.

Satu keputusan yang bukan sahaja memalukan tetapi mencalarkan maruah sebauh negara yang mengaku bolasepak adalah makanannya.Brazil satu nama besar dalam dunia bolasepak dan juga piala dunia , rata-rata pasukan di dunia sudah pasti berasa gerun apabila mendengar nama Brazil.

Seolah-olah ada aura tersendiri yang boleh menyebabkan pasukan lawan sedikit gusar hanya apabila mendengar nama Brazil sahaja.

Namun semua itu dulu , kini ianya tidak lagi sama malah Brazil sama sahaja standardnya dengan negara-negara seperti Colombia , Costa Rica dan lain-lain.

Sesuatu yang harus kita belajar daripada kekalahan ini adalah kemampuan pasukan Jerman bermain sebagai satu pasukan merupakan nadi kepada kemenangan bergaya mereka awal pagi tadi.Tidak ada one man show dari pasukan Jerman malah hantaran yang mengelirukan juga menyebabkan pertahanan Brazil hilang punca.

Inilah nadi dan punca kemenangan Jerman sebenarnya.

Perbezaan diantara Jerman dan Brazil pula ...

Brazil hampir hilang bisa malah tiada lagi gelekan samba yang menjadi trademark pasukan ini.Rata-rata pemainnya gagal menunjukkan disiplin sebagai sebuah pasukan malah kebanyakkannya lebih banyak mahu menonjolkan diri.

Mungkin ketiadaan Neymar dikatakan sebagai penyebab kepincangan pasukan Brazil tetapi percayalah sejak sepak mula piala dunia , Brazil sebenarnya bukanlah sebuah pasukan yang boleh dibanggakan malah aksi lakonan melampau sering kali dijadikan sebagai bahan untuk mendapatkan free kick mahupun sepakan penalti.

Sorry to say jika itu aksinya Brazil patut malu untuk mengaku sebagai jaguh bolasepak dunia !

Malah MMI tidak malu untuk menyatakan Brazil sama tarafnya dengan Malaysia !

Jangan salah faham , Malaysia juga acap kali menjadi tuan rumah bagi kejohanan-kejohanan tertentu dan kebanyakkan daripadanya pasukan Malaysia tidak bermain di peringkat akhir.Terpaksa mengalah kepada pasukan pelawat.

Sama seperti pasukan Brazil awal pagi tadi yang telah diarahkan pulang oleh pasukan Jerman dengan 7 gol berbalas 1.

Untuk itu kita harus sematkan dalam diri bahawa untuk berjaya kita tidak harus menjadi seperti pasukan Brazil tetapi perlu punya disiplin sebagai sebuah pasukan seperti Jerman selain daripada usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi pasukan lawan.

Tidak gentar bertemu jaguh dunia kerana kita percaya kepada diri dan pasukan !

Well Malaysia patut belajar dari perlawanan pagi tadi !!!

Terbaik Jerman ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels