Kecoh seketika dunia maya apabila portal pro pembangkang Malaysiakini yang tiba-tiba meroyan semalam kerana tidak dibenarkan membuat liputan sidang media di Pejabat Perdana Menteri.
Kecoh sungguh macam depa tu saja media yang ada kat Malaysia ni !
Portal pro-pembangkang MalaysiaKini dan TheMalaysianInsider hari ini tidak lagi dibenarkan membuat sebarang liputan media melibatkan Perdana Menteri.Satu laporan telah disiarkan oleh portal terbabit mengakui bahawa wartawan mereka telah dilarang daripada mengikuti sidang media yang diadakan.
Tidak dapat dipastikan apakah punca dan alasan halangan tersebut namun kita beranggapan semuanya disebabkan sikap portal terbabit yang sering kali membuat laporan yang berat sebelah.Malah portal terbabit turut disaman baru-baru ini.
Satu tindakan yang cukup berani daripada Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya dipuji.Bahkan dalam keadaan tertentu ianya tidak salah sama sekali memandangkan perlakuan pihak portal terbabit yang sebenarnya menyebabkan tindakan sedemikian perlu diambil.
Terlalu banyak momokan yang dibuat oleh portal terbabit dan semestinya hukuman seperti ini harus dikekalkan.
Berikut adalah rungutan Malaysiakini yang disiarkan dalam portal terbabit ,
Malaysiakini dilarang lagi daripada membuat liputan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya hari ini.Larangan itu yang kedua dalam tempoh dua minggu.Portal berita itu berada di sana untuk membuat liputan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 10 pagi, seperti diumumkan oleh agensi berita nasional Bernama semalam.Pihak dilarang termasuk wartawan dan jurugambar Malaysiakini serta wartawan penyiaran KiniTV, anak syarikat Malaysiakini.Wartawan-wartawan ini disoal mewakili media mana semasa proses pendaftaran di tempat masuk ke PMO dan dimaklumkan bahawa Malaysiakini tan The Malaysian Insider tidak dibenarkan masuk.Ketika diberitahu bahawa Malaysiakini dibenarkan masuk ke tempat sama pada Jumaat lalu, seorang pegawai menegaskan larangan itu bermula pada hari ini.Malaysiakini pernah mendapat larangan sama pada 25 Jun lalu ketika sidang media Najib berhubung barisan baru kabinetnya diumumkan.
Sudah pasti selepas ini para pemimpin pembangkang akan sekali lagi memekik dan melolong kononnya pihak kerajaan tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang seharusnya.
Kebebasan yang bagaimana agaknya yang mereka cari sampaikan pemimpin negara pun boleh di fitnah ? sumber
MMI
No comments:
Post a Comment