Followers

Saturday 26 July 2014

Datuk Azeez Rahim Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza @azeezputera


Satu Sidang Media teah diadakan siang tadi di pejabat urusan Kelab Putera 1 Malaysia Jalan Kg Attap Kuala Lumpur untuk mamaklumkan tentang persiapan serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pengerusi KP1M Datuk Seri Azeez Rahim membuat pengumuman beliau akan mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada awal bulan Ogos 2014.

Menurut Azeez delegasi kali ini adalah seramai 65 orang terdiri daripada para doktor pakar, pasukan media, dan sukarelawan. Beberapa syarikat telah membekalkan peralatan seperti jaket kalis peluru, topi keselamatan kalis peluru dan boot keselamatan untuk petugas yang akan berangkat ke Gaza.

Turut hadir ke sidang media ini adalah His Excellency Dr Anuar merupakan Duta Palestine di Malaysia. Pada foto diatas beliau duduk disebelah kiri Azeez.

Sama-sama kita doakan agar mereka dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini .Amin.

MMI

1 comment:

  1. Datuk Seri Azeez Rahim pemimpin UMNO yang betul saya hormat, teruskan usaha anda yang baik dan mulia semoga Allah berkati anda. Jangan jadi pemimpin yang cari publisiti dan glamour.

    ReplyDelete

Labels