Followers

Monday, 7 July 2014

Jom Sahur Di Pokok Ketapang !!


Sapa yang tak kenal dengan nasi kandaq Pokok Ketapang memang rugilah cita dia , ada juga yang sebut nasi kandaq beratoq huh dia punya beratoq boleh bikin stress ! Hihi tapi jangan risau tak lama mana pun dan tak rugi beratoq sebab makanan yang di hidangkan tu menarik dan sedap.

MMI kadang-kadang layan juga nasi kandaq kat sini tapi ampa jangan pula pi awai-awai sebab dia hanya buka pada jam 11 malam.Jadi kepada yang nak berbuka puasa tu tak bolehlah kena tukar pi ke sahur insyaallah tak rugi aih.




Sedikit cerita tentang nasi kandaq Pokok Ketapang ni , 

Menurut pengurusnya Mohd Abu Tahir Jamal berusia 38 tahun , premis tersebut tidak mempunyai rahsia besar yang digunakan untuk menyedapkan makanan selain resipi dan bahan asli.

"Kami menggunakan rempah giling untuk masakan kari, dan lauk-lauk lain," jawabnya ringkas.

"Nasi minyak pula adalah resepi warisan dan kami menggunakan minyak sapi untuk menjadikan ianya harum selain bahan-bahan yang perlu dirahsiakan.

"Tetapi jangan bimbang setiap bahan yang digunakan adalah halal dan terdiri daripada bahan asas makanan yang biasa digunakan, cuma kaedah campuran sahaja berlainan," ceritanya.

Nasi kandar Pokok Ketapang itu juga sebernarnya mempunyai sebuah restoran yang terletak kira-kira 100 meter dari pokok ketapang yang menjadi tapak perniagaan mereka pada waktu malam.

Kepada yang nak berbuka puasa juga bolehlah ke restoran terbabit cuma kadang-kadang rasanya tak sama dengan kereta tolak di bawah Pokok Ketapang.Tak pasti pula kenapa tak sama !

MMI      kredit mstar

No comments:

Post a Comment

Labels