MESIR. Tokoh ulama terkemuka, Profesor Dr Yusuf Al-Qaradawi membuat pengumuman bahawa pemerintahan Khalifah Islam diwujudkan oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah melanggar undang-undang Syariah.
Pengumuman itu dibuat selepas ISIL mengisytiharkan Kerajaan Khilafah Islam di kawasan yang mereka tawan di Iraq dan Syria serta memerintahkan umat Islam di seluruh dunia supaya akur terhadap ketua pemimpin mereka Abu Bakr al-Baghdadi.
Dr Yusuf berkata dalam satu kenyataan bahawa pengakuan gerakan itu tidak diakui di bawah undang-undang Syariah.
Semalam, pemimpin ISIL Abu Bakr menyeru umat Islam yang mempunyai kemahiran pertahanan, perubatan dan pengurusan supaya datang ke Negara Islam yang baru diisytiharkan untuk berjuang menghapuskan puak Syiah.
“Mereka boleh berhijrah ke Negara Islam dan menganggapnya sebagai datang ke rumah Islam. Ia adalah satu kewajipan,” kata Abu Bakr dalam rakan video sulungnya semalam.
Beliau juga merayu supaya hakim-hakim, tentera dan jurutera serta individu yang mempunyai kemahiran supaya datang ke negara baharu yang dinamakan sebagai Negara Islam di bawah undang-undang Kerajaan Khalifah Islam.
“Datanglah ke sini kerana saudara-saudara kamu dari seluruh dunia sedang menunggu dan selamatkan mereka,” tambahnya lagi menurut laporan Al Arabiya.sinaronline
MMI
No comments:
Post a Comment