Followers

Wednesday, 9 July 2014

Pandai Sungguh Dia Ni Berlakon !!


Begitulah sikap pemimpin DAP ini pantang ada sahaja isu yang boleh mendatangkan kredit kepada parti dan dirinya pasti macam lipas kudung sahaja geraknya.

Isu yang diperbesarkan oleh pembangkang apabila Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan untuk melakukan proses penambaikkan melibatkan golongan gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur benar-benar mendapat perhatian rakyat sehinggakan usaha yang baik itu dianggap sebagai satu tindakan tidak berperikemanusiaan.

Pemimpin pembangkang di sekitar Kuala Lumpur pun dilihat sepantas kilat hadir dan turun untuk bersama golongan gelandangan yang selama ini langsung tidak pernah mendapat perhatian daripada mereka.

Begitulah juga dengan Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang yang ibarat lipas kudung tiba-tiba sahaja hadir ke salah satu penempatan golongan gelandangan yang diberi nama 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road.


Guan Eng dalam pada itu turut mengumumkan beliau akan menyalurkan RM20,000 duit Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse' yang diuruskan oleh organisasi kristian.

Menangis-nangis si Guan Eng melayan golongan gelandangan terbabit.Entahlah mungkin beliau sebak mengenangkan mereka-mereka itu tidak punya tempat berteduh apatah lagi kasih sayang keluarga.

Atau mungkin juga air mata itu kerana beliau selama ini tidak pernah memikirkan tentang nasib golongan terbabit.

Siapa tahu ?

Namun apa yang berlaku membuktikan betapa pemimpin DAP Pulau Pinang ini bijak mengambil peluang di saat rakyat dilihat begitu prihatin tentang nasib golongan gelandangan.

Satu lakonan terbaik daripada Guan Eng untuk tahun 2014 memandangkan beliau sememangnya sebelum ini gagal menangani permasalahan melibatkan orang gelandangan di Pulau Pinang waima di pusat pentadbiran kerajaan negeri sendiri.

Tak percaya ? Ini BUKTINYA !!


MMI

1 comment:

  1. Air mata syaitan, tahu nak menghasut aje dan berpura-pura.

    ReplyDelete

Labels