Followers

Sunday 13 July 2014

KOREA Utara Ke Final Piala Dunia ??


Kim Jong-un yang kononnya berada di Brazil diberikan tepukan gemurah oleh para peminat bola sepak negara itu. Foto YouTube

SEBUAH video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.


Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama. - sumber



Boleh mampoih puak-puak ni , MMI teringat tentang isu puak pembangkang kata kerajaan kawal media !

Hmm kepala hotak depa !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels