Followers

Thursday, 24 July 2014

MAHU Bawa Perdamaian & Harapan Buat Sabah Sarawak NGO Ni Ada HAJAT BESAR !!!


Negara-ku merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan oleh mereka-mereka yang selama ini tidak pernah sependapat dengan kerajaan mahupun parti-parti politik pro-kerajaan.Malahan nama seperti Ambiga sering kali dilabel sebagai pemimpin NGO pro-pembangkang yang bukan sahaja terlibat dalam aksi-aksi dijalanan tetapi menjadi pelopor kepada gerakan-gerakan seumpamanya.

Malahan aksi-aksi yang ditampilkan sering kali berbeza dengan janji mereka kepada pihak berkuasa dan ada diantaranya melibatkan kecederaan terhadap anggota Polis yang bertugas seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan haram BERSIH.

Mungkin kerana BERSIH kini sudah mula hilang dari radar masyarakat Malaysia , Ambiga dan konco-konconya kini mula beralih arah dengan satu lagi cubaan mengaburi mata rakyat dengan mempergunakan nama Negara-ku supaya NGO baru ini nampak lebih patriotik.

Di awal penubuhannya , NGO ini sudah pun mendapat tentangan hebat daripada kebanyakkan rakyat Malaysia memandangkan mereka dilihat cuba mempergunakan nama lagu kebangsaan Negara-ku sebagai platform untuk melakukan dakyah serta hasutan dalam konteks yang mungkin lebih ektrem daripada BERSIH sebelumnya.

ISMA sebagai contohnya melalui Timbalan Presidennya , Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, penubuhan mana-mana NGO yang memiliki tujuan dan agenda khusus yang belum terbukti bermanfaat kepada masyarakat tidak boleh berselindung di sebalik nama rasmi yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa NGO Negara-ku bukanlah penyelesaian terbaik kepada apa jua permasalahan yang wujud pada ketika ini tetapi lebih kepada perkara-perkara yang mampu menggugat kedudukan sosial politik negara dan juga perpecahan antara kaum.Baca Sini 

Sejauh mana Negara-ku mampu benar-benar mambawa usaha perdamaian serta harapan di Sabah dan Sarawak ?

"Salah satu hasrat kami yang terbesar adalah untuk melihat sahabat kami yang berada di seberang Laut China Selatan sedar kami melayan mereka di Sabah dan Sarawak di bawah perjanjian Malaysia.

"Secara bersama kita boleh membawa keadilan yang mereka sangat perlukan dan kami juga sangat mahukannya.

"Usaha kami membawa pesanan perpaduan dan harapan untuk Sabah dan Sarawak akan bermula selepas cuti Aidilfitri," kata Pengerusi Negara-ku Zaid Kamarudin  dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Perpaduan dan harapan dalam bentuk apakah yang cuba dibawa oleh Negara-ku ke Sabah dan Sarawak ?

Sebagai warga Malaysia kita seharusnya lebih matang dan bijak membuat penilaian bahkan tindakan serta cadangan Negara-ku untuk masuk ke Sabah dan Sarawak sebenarnya dilihat lebih kepada menyebarkan agenda sebenar mereka iaitu menghasut rakyat agar membenci kerajaan seperti mana yang telah mereka lakukan sebelum ini melalui BERSIH dan lain-lainnya.

Agenda ini adalah kunci kepada gerakan mereka selepas ini dan percayalah pelbagai alasan dan cerita karut marut akan mula dihidangkan kepada umum supaya rakyat termakan dengan dakyah ini seterusnya menghalalkan segala tindak-tanduk mereka waima melalui kekerasan sekalipun.

Kita tahu bahawa menjadi harapan pihak pembangkang untuk menguasai Sabah dan Sarawak namun sehingga kini rakyat Sabah dan Sarawak masih mampu membuat pilihan yang bijak kerana mereka tahu anasir-anasir luar yang hadir ke bumi mereka itu bukanlah mereka yang punya keikhlasan untuk membantu rakyat tetapi lebih kepada kepentingan politik dan peribadi.

Untuk itu sesuatu perlu segera dilakukan dan kehadiran NGO seperti Negara-ku dirasakan mampu untuk menyemai benih-benih kebencian terhadap kerajaan dengan harapan Sabah dan Sarawak menolak Barisan Nasional.

Usaha ini bukan dibuat secara sambil lewa dan Negara-ku bukanlah NGO biasa kerana berdiri dibelakang mereka adalah pihak-pihak yang mahu melihat Malaysia dibebaskan daripada Barisan Nasional mahupun UMNO.

Ini penting kerana agenda untuk menghapuskan Barisan Nasional adalah dengan membunuh UMNO terlebih dahulu.

Kita tahu bahawa mereka tidak pernah suka apatah lagi menerima hakikat hak orang-orang Melayu dan Islam sentiasa terpelihara melalui perlembagaan negara.Apa yang diperjuangkan mereka pula adalah hak samarata dan kebebasan terbuka yang sebenarnya mampu memusnahkan budaya serta kekuatan bangsa Malaysia itu sendiri.

Membenarkan LGBT , menghapuskan status agama di kad pengenalan , menghapuskan agensi-agensi kerajaan seperti MARA dan sebagainya , kebebasan untuk memilih agama serta mengamalkannya , memberikan hak kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah , hak setiap individu untuk menukar agama dan bermacam-macam lagi tuntutan sebelumnya harus diambil kira.

Jika usaha ini berjaya maka bersedialah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu kerana tidak akan ada lagi sebarang sekatan mahupu halangan untuk mereka-mereka diluar sana mengambil hak orang-orang Melayu dan Islam yang selama ini dipertahankan oleh sebuah kerajaan bernama Barisan Nasional.sumber 

MMI

1 comment:

  1. Arjuna Maya, apa yang anda nyatakan disini adalh tepat. Dan sebab inilah kami pribumi asal sabah dan sarawak berjuang untuk hak kami. Kami sememangnya tidak menyokong LGBT. Jangan samakan sabah & sarawak dengan malaya. Dua negara ini majoritinya bukan melayu islam. cuba bayangkan di malaya rakyat mealyu tunduk dengan minoriti (bukan melayu). tunduk dengan semua kehndak mereka. apa perasaan anda? adilkah begitu? Saya berterima kasih dengan artikel ini kerana membuktikan bahawa beginilah pemikiran orang melaya terhadap perjuangan pribumi sabah sarawak untuk menuntut hak mereka. Melaya sedar bahawa tanpa kedua-dua negara ini, malaya akan lingkup. kerajaan akan tumbang. Baca balik MALAYSIAN AGREEMENT DAN PERJANJIAN 18 / 20. ANDA AKAN FAHAM SIAPA SALAH DAN SIAPA YANG BETUL. Sekali lagi, TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

Labels