Followers

Friday, 25 July 2014

Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor MURTAD Adalah PALSU


Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Walau bagaimanapun kesahihan portal tersebut menjadi persoalan disebabkan terdapat beberapa kes sebelum ini dimana portal tersebut menyebarkan berita palsu atas kemungkinan untuk menarik trafik. 

Malah portal tersebut turut menyatakan bahawa portal mereka hanyalah sebuah portal berita satira (sindiran) yang direka-reka. Kepakaran mereka ialah menerbitkan berita palsu untuk hiburan pembaca mereka. Lebih membimbangkan lagi terdapat rakyat Malaysia yang mempercayai artikel dari portal tersebut. Hal ini ada dijelaskan di laman Disclaimer portal tersebut.

Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun. Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal.

Didalam artikel bertarik 24 Julai 2014 tersebut portal tersebut turut menyatakan bahawa Tengku Amir Shah sering terlibat dengan seks bebas dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Portal tersebut menuduh Tengku Amir Shah telah memasuki pusat pemulihan dadah sebanyak 3 kali dalam tempoh 18 bulan.

"The Malaysian prince known for his outlandish sex orgies and drug addiction problems, having been through rehab no less than three times in the past 18 months, has promised to change his ways and claims to be a new man." - World News Daily Report

Walau bagaimanapun keraguan dan kesahihan berita dari portal tersebut diragui disebabkan portal berikut turut mendakwa berita tersebut telah mengejutkan komuniti Islam di Malaysia sedangkan tidak ada sebarang berita mengenai perkara ini disiarkan di dalam mana-mana media di Malaysia setakat ini. 

Artikel tersebut diragui kesahihannya atas faktor tidak mungkin perkara ini tidak mencetuskan masalah diplomatik antara Malaysia dan Portugal jika benar Tengku Amir Shah dibabtiskan di negara tersebut. 

Adalah dibimbangkan jika artikel yang dikeluarkan oleh portal berkenaan sekadar cuba mengambil kesempatan menaikkan rating diatas nama Malaysia yang menjadi sebutan disebabkan kes MH17 baru-baru ini. Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati dalam memilih sumber berita yang sahih jika merujuk sumber berasaskan internet. Pertimbangan rasional dari rakyat Malaysia adalah dihargai.

Walau bagaimanapun link kepada artikel tersebut kini tidak lagi boleh di akses seterusnya mengesahkan ianya adalah satu laporan PALSU ..

Artikel World News Daily Report: http://worldnewsdailyreport.com/malaysia-crown-prince-converts-to-catholicism-shocks-muslim-world/

Psst apa mungkin ianya satu lagi permainan politik pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan institusi Raja di Selangor ? Maklumlah isu Khalid dan Azizah Omega pun tengah panas sekarang ni ... Hmm hati-hati pilih berita gang bukan apa puak-puak satu lagi tu bukan boleh kira !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels