Followers

Friday, 11 July 2014

Kenapa Perlu BIADAP ??


Tindakan Projek Dialog yang memuatnaik gambar sepasang kekasih lelaki Yahudi dan wanita Palestin berkucupan di tengah tembok Aparteid yang didirikan rejim Zionis merupakan satu tindakan yang menjijikkan.

Untuk apa gambaran sedemikian dikeluarkan pada ketika rakyat Palestin kini sedang berdepan dengan anjing-anjing yahudi untuk membersihkan bumi Gaza daripada orang Islam ?


Sikap Projek Dialog yang selektif dalam memilih sumber yang tidak berautoriti bagi mengemukakan isu, tidak langsung menggambarkan suatu bentuk dialog yang sihat, sebaliknya lebih merupakan hentaman satu hala ke atas Islam dan umatnya.

Justeru, seluruh umat Islam diharap lebih peka dengan golongan seperti Projek Dialog, yang dilihat lebih ke arah membawa agenda menyokong sekularisasi dan liberalisasi Malaysia.

Sementara itu ada juga yang bertanya MMI apa tu 'projek dialog' ? Aduihhh ... 
Projek Dialog adalah suatu ruang wacana sosial yang ingin memajukan debat dan persefahaman antara pelbagai suku kaum dan agama di Malaysia.
Projek Dialog menyediakan suatu lapangan yang khusus bagi topik-topik ini. Dengan menggunakan pelbagai platform dan media, Projek Dialog membolehkan para sederhana dan toleransi untuk menyuarakan dan membincang isu-isu terkini.
Pencerahan diatas tu MMI ambil daripada pihak Projek Dialog sendiri dan sudah tentu mereka punya pemahaman tersendiri yang jika diamati merupakan gerakan yang lebih bersifat menentang dalam keterbukaan dengan menjadi ruang bicara sebagai platform untuk menghalalkan sesuatu.

Merujuk kepada penerangan panjang lebar pihak ISMA , Projek Dialog merupakan penentang identiti kebangsaan.Baca SINI 

Apa pun yang cuba dilakukan , penyiaran gambar tersebut sudah memberikan kita jawapan siapa sebenarnya Projek Dialog dan dalam masa yang sama kita telah pun mendapat jawapan untuk apa gambar itu disiarkan jika tidak untuk mengelirukan umat Islam selain daripada tindakan provokasi melampau.

Baca juga artikel di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels