Kenyataan di atas merupakan kenyataan seorang peguam pro-Pakatan Haprak yang telah disiarkan oleh portal pro-pembangkang.Semuanya berlaku di sebabkan oleh tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang telah membuat serbuan serta tindakan menangkap pihak yang di syaki berkhalwat.
Seperti yang kita tahu Islam tidak membenarkan sebarang perlakuan yang menjurus ke arah berlakunya zina mahupun sesuatu yang boleh mendatangkan syak terhadap umatnya.
Malah sepanjang kita memerhatikan operasi serta tindakan selama ini , semuanya dilakukan berdasarkan kepada laporan serta tindakan si pelaku itu sendiri.
Namun dalam beberapa keadaan sudah tentu usaha untuk mencegah kemungkaran ini ada kelemahan di mana-mana dan ianya sudah pasti tidak dapat dielakkan memandangkan manusia itu tidak sempurna.
Tindakan JAIS yang telah menangkap pihak tertentu baru-baru ini tiba-tiba menjadi kecoh berikutan pihak yang ditangkap menafikan bahawa berlakunya sebarang aktiviti tidak sihat seperti mana yang dilaporkan.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor."Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Seperti yang MMI katakan di awal tadi , kelemahan akan ada dan kesilapan boleh berlaku di mana-mana cuma dalam kes ini MMI sendiri kurang pasti pihak mana yang melakukan kesalahan.Walau bagaimanapun kita harus yakin bahawa pihak Jabatan Agama Islam selain daripada mahkamah Syariah turut sama punya kaedah tertentu untuk menangani isu ini.
Yang penting mereka yang bersalah harus dihukum dan mereka yang teraniaya harus dibebaskan.
Dalam keadaan sebegini kita harus segera sedar bahawa ada pihak-pihak tertentu sudah cuba untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.Lihat sahaja bagaimana Latheefa Koya begitu bersemangat untuk membela Hanisha sehinggakan beliau bersikap kurang ajar.
Mempersoalkan tentang istilah khalwat bagi MMI sudah cukup untuk membuktikan mereka tidak lagi punya rasa hormat terhadap orang Islam.Sepatutnya Latheefa tidak mempertikaikan istilah tersebut memandangkan ianya digunakan oleh orang Islam bagi urusan berkaitan.
Tidak ada kena mengena langsung dengan mereka yang bukan Islam.
Yang agak menghairankan sehingga kini tidak pula kedengaran sebarang kenyataan balas daripada para pemimpin PAS berkaitan isu tersebut.Adakah pemimpin PAS bersetuju dengan kenyataan Latheefa ?
Walaupun nampak hal kecik ja tapi ingat hari ini mungkin istilah khalwat dipertikaikan , selepas ini ?
Jangan lupa kalimah Allah pun puak-puak ni buat main-main !!
MMI
No comments:
Post a Comment