Followers

Sunday, 6 July 2014

Tiket RAYA Dah Abisss ?? Adoiiii ...


Jualan tiket raya sama ada bas ekspres mahupun keretapi ke semua destinasi di negara bermula sejak awal Jun lepas, namun seperti kelaziman kebanyakan tiket bas ke Pantai Timur telah habis dijual, walaupun sambutan Aidilfitri masih jauh.

Tinjauan Bernama di Hentian Putra mendapati, kebanyakan tiket bas ekspres ke Pantai Timur, khususnya Kelantan laris 'bak goreng pisang panas' sejak hari pertama penjualannya, pada 20 Jun lalu.

Kerani kaunter syarikat bas Sani Express, Nor Haslieza Mohd Noor, 27, berkata pembelian tiket tahun ini amat memberangsangkan jika dibandingkan tahun sebelumnya.

"Semua tiket perjalanan ke Kelantan mulai 25 hingga 27 Julai telah habis dijual dan buat masa ini tiada penambahan tiket perjalanan ke sana," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tinjauan di Pudu Sentral pula mendapati tiket ke Utara sudah mula dijual sejak bulan lepas namun, masih kurang mendapat sambutan.

Menurut seorang kerani syarikat bas, Suzizana Sulaiman, 36, tiket bas telah mula djual namun sehingga kini jumlah penumpang yang membeli tiket adalah rendah.

"Mungkin ramai menggunakan pengangkutan sendiri atau perkhidmatan pengangkutan yang lain untuk pulang ke kampung halaman pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, tinjuan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati keadaan masih lengang dan penjualan tiket bas raya masih kurang mendapat sambutan.

Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata menurut rekod hanya lapan peratus penjualan tiket dicatatkan setakat ini dan ia dijangka meningkat sekitar minggu ketiga Ramadan.

"Kebanyakan pelanggan menunggu sehingga saat akhir untuk membeli tiket, jadi kita minta rakyat Malaysia yang ingin beraya di kampung halaman supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket.

"Penjualan tiket telah bermula sebulan awal menggunakan sistem tiket bersepadu dan semua syarikat bas telah memuat naik semua jadual perjalanan bagi memudahkan pengguna," katanya.

Seorang pelajar jurusan Teknologi Maklumat universiti swasta, Muhammad Yahya Ali, 22, ketika ditemui di sini berkata beliau telah pun membeli tiket ke Muar, Johor bagi mengelak kesesakan menjelang Aidilfitri.

"Bagaimanapun, melalui pemerhatian saya, tiket ke Selatan masih ada dan saya berharap tidak timbul masalah kekurangan bas pada musim perayaan ini," katanya baru-baru ini.

Menurut seorang penjual tiket bas, Sharulnizam Ali, 32, penjualan tiket agak perlahan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Kami masih mempunyai banyak lagi tiket dan tahun ini sambutan agak kurang berbanding tahun lepas," katanya.

Secara purata, TBS yang menguruskan perjalanan bas ke selatan merekodkan sebanyak 120,000 keping jualan tiket apabila tiba musim perayaan.

Dalam pada itu, tiket bagi perkhidmatan kereta api ke Pantai Timur bermula 20 hingga 27 Julai telah habis dijual.

Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antara Bandar, Mohd Noordin Kimi berkata sebanyak 11,000 tiket ke pantai timur telah habis dijual setakat ini namun masih terdapat 1,824 tiket perjalanan bagi tarikh sebelum 20 Julai.

Katanya, sejumlah 17,571 daripada keseluruhan 26,808 tiket untuk tren berjadual ke seluruh negara telah habis dijual setakat ini.

"Perkhidmatan tambahan akan disediakan ke semua destinasi namun ia akan diumumkan kemudian," katanya.mstar

Harapan MMI semoga sambutan Aidilfitri kali ini kita berjaya mengurangkan kadar kemalangan yang boleh menyebabkan kematian.Kepada semua sama ada pemandu bas , kereta dan apa jua yang dipandu berhati-hatilah jangan pentingkan diri ok ! Selamat Berpuasa semua ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels