Followers

Thursday 31 July 2014

Rakyat Selangor AMPA YAKIN KA Dengan Dia Ni ??


Berikutan kemelut politik melibatkan Pakatan Rakyat di bumi Selangor , Wan Azizah yang selama ini banyak berdiam diri kini tampil membuat kenyataan serta menyatakan kesediaannya untuk menjadi Menteri Besar negeri Selangor.

Jika sebelum ini hanya suara sumbang Anwar sahaja yang begitu yakin menamakan isterinya sebagai pengganti Khalid , kini langkah Anwar di sambung Presiden Parti Keadilan Rakyat ini.Malah pengumuman yang mendapat pelbagai reaksi dari kalangan pimpinan sekutu Pakatan Rakyat khususnya PAS dilihat banyak pihak sebagai usaha Anwar untuk memastikan legasi dan suaranya dapat diteruskan dalam barisan pembangkang.

Anwar tahu bahawa beliau akan hilang dari kancah politik negara sedikit masa lagi berdasarkan pertuduhan meliwat terhadap beliau , untuk itu Wan Azizah adalah agen terbaik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan songsang beliau untuk merosakkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi memenuhi tuntutan nafsu politiknya.

Dalam pada itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan kesediaannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Anggota Dewan Undangan negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti.

PKR sebelum ini telah memutuskan supaya Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian.

Untuk rekod keputusan PKR itu telah menimbulkan krisis sesama parti dalam Pakatan Rakyat apabila Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar.Malah persoalan tentang apa salah Khalid yang dilontarkan oleh Nik Aziz dalam kenyataan sebelum ini menimbulkan tanda tanya banyak pihak di luar sana.

Jika diamati jelas apa yang sedang berlaku di bumi Selangor tidak lain dan tidak bukan adalah satu lagi perancangan politik seperti mana yang berlaku sewaktu "Langkah Kajang" diperkenalkan.

Seperkara yang harus rakyat Selangor llihat adalah sejauh mana kemampuan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar ? Adakah cukup beliau diangkat sebegitu rupa semata-mata kerana beliau merupakan Presiden PKR ?

Rakyat Selangor harus ingat bahawa Wan Azizah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh ! 

Apakah yang telah beliau lakukan di Permatang Pauh semenjak memikul amanah sebagai Ahli Parlimen ?

Hingga kini Permatang Pauh tetap Permatang Pauh tidak ada sebarang perubahan yang dibawa oleh pimpinan ini malahan penggantian beliau dengan suaminya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hanyalah bersifat politik semata-mata.

Platform sebagai Ahli Parlimen digunakan oleh pasangan suami isteri ini hanya untuk kepentingan politik kepartian dengan nasib rakyat terus diabaikan.

Persoalan yang kini harus dijawab oleh rakyat Selangor , sejauh mana keyakinan anda bahawa Wan Azizah benar-benar menganggap jawatan sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah tanggungjawab ? sumber 

MMI

1 comment:

  1. Azizah jadi MB senang nak jaga makan pakai husband dia nanti di Sg Bamboo Resort..boleh arah itu ini kat warden sana..sebab wa MB maa..pentadbiran negeri? Rafizi ada, Saifuddin ada..Nurul pun boleh tumpang sekaki so tak jadi masaalah kan..dokumen cuma sain aje..Sultan tak boleh lebih lebih sebab saya Muslimat dan isteri orang nanti saya hantar wakil..BODOHlah orang Selangor kalau pilih wanita ni sebagai MB..memang menempah neraka dunia..

    ReplyDelete

Labels