Followers

Thursday, 31 July 2014

MISI Balas Dendam Amerika Kini Bermula !!!


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia pasti masih mengingati bagaimana pada satu ketika dulu pergeseran di antara Amerika Syarikat dan Rusia hampir-hampir mencetuskan perang dunia ketiga.Keadaan pada masa itu diistilahkan sebagai "Perang Dingin" dan seluruh dunia berada dalam kebimbangan kerana khuatir jika perang benar-benar tercetus , seluruh masyarakat dunia akan terkesan kerananya.

Ianya bukan soal Amerika dan Rusia semata-mata tetapi kerana senjata yang dimiliki oleh kedua-dua kuasa besar ini bukan sahaja mampu memusnahkan negara masing-masing tetapi akan mengakibatkan negara-negara lain turut terancam.

Namun "Perang Dingin" itu tidak berlarutan lama kerana Rusia kemudiannya mengalami konflik dalaman yang menyebabkan berlakunya perpecahan sehingga terbentuknya Ukraine.Rentetan daripada itu konflik diantara dua kuasa besar dunia itu semakin berkurangan walaupun perhubungan diantara kedua-duanya masih dingin.

Kini situasi hampir sama berulang ! Konflik yang tercetus di Ukraine dan kemudiannya insiden pesawat MH17 ditembak jatuh bukan sahaja menimbulkan kemarahan masyarakat dunia tetapi digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk kembali menjadi jaguh dunia.

Ini bukan sekadar ramalan tetapi berdasarkan kepada laporan daripada utusan online yang menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan Washington menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu ke atas sektor tenaga, persenjataan dan institusi kewangan Rusia ekoran konflik di timur Ukraine dan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurut Obama, sekatan baharu itu dibuat sebagai tekanan ke atas Rusia berhubung isu kroni dan syarikat yang menyokong aktiviti haram Moscow di timur Ukraine.

"AS akan menyekat urusan eksport beberapa barangan tertentu dan teknologi Rusia selain sektor tenaga negara terbabit.

"Sekatan juga diperluas ke atas syarikat pertahanan dan bank Rusia termasuk projek pembangunan ekonomi di Moscow yang melibatkan pembiayaan pinjaman dan kewangan," kata Obama selepas mengadakan persidangan tergempar melalui video dengan pemimpin Britain, Perancis, Jerman dan Itali.

Satu tindakan pantas daripada sebuah kuasa besar dunia terhadap pihak yang mencetuskan pertelagahan dan mengakibatkan pihak yang tidak berdosa menjadi mangsa.Dalam beberapa keadaan ianya dilihat sebagai satu tindakan wajar memandangkan mereka yang mencetuskan peperangan seharusnya dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Tekanan seumpama ini sememangnya harus disokong tetapi sejauh mana tindakan itu benar-benar bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang mencetuskan konflik ?

Jika diamati saranan Tun Mahathir satu ketika dulu dalam salah satu persidangan peringkat antarabangsa , Tun pernah menyarankan agar mana-mana pihak yang mencetuskan peperangan harus dianggap sebagai penjenayah antarabangsa dan tindakan harus dikenakan terhadap negara-negara terbabit oleh kuasa dunia melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dan sudah pasti tindakan Amerika Syarikat bersama-sama dengan Kesatuan Eropah terhadap Rusia harus disokong.

Namun sejauh mana keyakinan masyarakat dunia terhadap tindakan tersebut ? Adakah ia benar-benar diambil kerana konflik yang tercetus atau kerana dendam perang dingin yang masih menghantui Amerika Syarikat ?

Walaupun Obama menafikan  dakwaan menyatakan pihak Barat akan mencetuskan Perang Dingin yang baharu terhadap bekas negara Soviet itu tetapi sekadar memberi amaran bahawa AS dan Eropah semakin hilang sabar terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Vladimir Putin ianya masih belum memuaskan hati semua pihak.

Ini kerana kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan EU tidak pula mahu mengambil sebarang tindakan terhadap keganasan Rejim Israel kerana membunuh ribuan rakyat Palestin.

Adakah Amerika Syarikat dan seluruh badan dunia mengiktiraf tindakan Israel terhadap bumi Palestin ?

Justeru itu tidak salah kiranya kita menganggap tindakan terhadap Rusia oleh Amerika Syarikat dan EU hanyalah satu lagi senario "perang dingin" yang baru berasaskan kepada dendam lama semata-mata.sumber 

MMI

1 comment:

  1. .. sebelum buat ulasan, kena banyak baca dari pelbagai sumber.. dizaman ledakkan maklumat, kemampuan menyaring mengkaji memisah dan merumus maklumat adalah sangat mustahak...

    .. sejarah membuktikan semenjak tertubuh negara bernama USA, banyak konflik berlaku kerana campurtangan pemerintah mereka samada secara jelas mahu pun tersirat... tiada satu pun benua di dunia yang tiada darah tertumpah akibat campur-tangan USA, bahkan ujudnya USA adalah atas pemusnahan secara besar-besaran pelbagai bangsa yang sudah lama ujud disana.

    Seperti mana-mana kuasa besar sebelum ini, zaman kemalapan akan diiringi dengan pertumpahan darah secara besar-besaran kerana kuasa tersebut tidak dapat menerima kemalapan tersebut selain dari kuasa-kuasa tersembunyi yang ingin mengaut keuntungan dari huru-hara yang berlaku...


    ReplyDelete

Labels