Followers

Monday 14 July 2014

Siapa Bakal Muncul JUARA PIALA DUNIA ?!!


Semestinya para peminat bolasepak di seluruh dunia tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan sepak mula pertandingan akhir Piala Dunia 2014 di antara Jerman dan Argentina yang bakal bermula dalam sedikit masa lagi.

Apa yang pasti Piala Dunia 2014 bakal melabuhkan tirainya awal pagi ini dengan pelbagai kenangan yang sudah tentu menjadi catatan sejarah dunia bolasepak dunia.Bagi MMI apa jua keputusannya nanti kedua-dua pasukan sememangnya layak berada di pertandingan akhir.

Walaupun secara peribadi MMI rasakan Belanda yang sepatutnya menentang Jerman di pertandingan akhir.Namun itulah bolasepak satu kesilapan mampu memusnahkan impian untuk beraksi di peringkat seterusnya.

Apa pun Argentina juga bukanlah calang-calang pasukan mereka sudah pun membuktikan kemampuan mereka untuk terus layak sehingga ke perlawanan akhir.

Jerman pula kekal konsisten sebagai sebuah pasukan yang punya kemampuan beraksi dengan semangat berpasukan setelah 2 aksi perlawanan di peringkat kumpulan.

Kecekalan pemain menahan tekanan selain mempamerkan permainan bermutu membuatkan pasukan Jerman menjadi pilihan banyak pihak untuk muncul juara pada pagi nanti.

Seperti biasa adat pertandingan pasti ada yang kalah dan menang , siapa jua yang muncul sebagai pemenang awal pagi ini MMI yakin permainan yang bakal anda saksikan nanti adalah satu perlawanan bermutu yang di penuhi dengan aksi-aksi terbaik daripada pemain-pemain bertaraf dunia ini.

Dan sudah PASTI bukan aksi SAMBAL seperti mana yang di pamerkan oleh skuad BRAZIL !!

Secara peribadi MMI memilih Jerman sebagai JUARA PIALA DUNIA 2014 !!


Anda bagaimana ??

MMI

2 comments:

  1. Semestinya German !

    ReplyDelete
  2. argentina rakan israel yang menang. FIFA=WWE scripted je semua ni

    ReplyDelete

Labels