Followers

Monday 21 July 2014

Siapa Yang Jual & Keluarkan Baju Ni ???


Isu seorang warga Korea yang masuk ke negara kita dengan pakaian yang tertulis ayat Al-Quran mendapat begitu banyak respon dari kalangan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.Malah tidak dinafikan terdapat juga segelintir rakyat Malaysia yang cuba mempertahankan warga Korea tersebut.

Bagi MMI mudah , tindakan beliau memakai pakaian sedemikian sememangnya satu tidakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak malah masyarakat Islam juga tidak akan sesekali bertindak sedemikian rupa kerana kita telah didik untuk menghormati agama-agama lain didunia.

Pihak berkuasa juga sudah pun membuat kenyataan mereka melalui Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Beliau berkata, makcik tersebut seorang warga Korea.

“Dah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia baru sampai sini. Beli baju itu di India.

“Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah,” katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Jadi semua pihak wajar untuk adakan gencatan kenyataan buat sementara waktu untuk memberikan laluan kepada pihak Polis melakukan siasatan.

Dalam masa yang sama , MMI juga turut membaca dan melihat beberapa tindakan oleh pihak-pihak tertentu yang mula memberikan perhatian dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual pakaian sedemikian.

Bagus ! Satu tidakan yang wajar dan perlu disokong namun MMI nak ingatkan pihak berkuasa perlu melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas.

Jangan hanya mengambil tindakan terhadap si pemakai dan mereka yang menjual pakaian sedemikian.Bagi MMI walaupun mereka melakukan kesalahan kerana tidak punya sensitiviti terhadap isu agama , mereka juga sebenarnya bukanlah pihak yang seharusnya dipersalahkan 100%.

Pihak berwajib seharusnya memantau dan menyiasat dengan segera siapa dalangnya yang membawa masuk pakaian sedemikian ke negara kita ?

Siapa pembuatnya ? Di Malaysiakah ?

Kalau bukan dari Malaysia dari mana ? Bagaimana ia di bawa masuk ? Siapa yang melepaskannya ?

Rasanya jika itu yang diberikan penekanan INSYAALLAH perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Mungkin perkara yang sama boleh juga dilakukan dalam usaha membasmi najis dadah dan pelbagai perkara seumpamanya.

Jangan hanya menangkap penagih dan pusher kecil-kecilan , cari dan tangkap mereka yang membawa masuk dan melepaskannya masuk.

INGAT mereka yang berada di pintu sempadan dengan uniform sebagai pihak berkuasa juga adalah manusia biasa !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels