Followers

Monday 14 July 2014

UMNO Bagi AMARAN Pada Guan Eng ?!!


Siapa tak kenal  kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang sering kali terbabit dalam cerita-cerita syok sendiri yang dijaja kepada rakyat.

Sebelum ini Guan Eng dan kerajaan DAP dilihat begitu berbangga dengan pencapaian ekonomi yang dimiliki mereka sampaikan Barisan Nasional di tuduh rakus serta tidak amanah dalam menguruskan kewangan negeri.

Kini setelah 2 penggal DAP mentadbir Pulau Pinang , segala-galanya mula terdedah.Kegagalan mereka sedikit demi sedikit mula timbul dan ia mengesahkan bahawa DAP sedang membawa kehancuran kepada Pulau Pinang.

Walaupun kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga banyak lagi peruntukan lain , Kerajaan DAP Negeri diingatkan supaya tidak membazir peruntukan tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Disebabkan itu UMNO Pulau Pinang melalui Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri , Datuk Zainal Abidin Osman mendesak kerajaan DAP supaya tidak membazirkan peruntukan daripada kerajaan pusat dan mahukan supaya kerajaan negeri pimpinan DAP memastikan pembangunan terus berkembang di negeri tersebut. 

Datuk Zainal dalam pada itu turut melahirkan kekecewaannya dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi negeri Pulau Pinang yang dilaporkan menurun lebih dari 9 bilion di bawah pentadbiran DAP.

Kedudukan FDI yang merosot teruk daripada RM10.451 bilion pada 2010 kepada hanya RM1.794 bilion tahun lalu ternyata menimbulkan banyak tanda tanya apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sehingga berlakunya kemerosotan sebegitu rupa ?

Dalam keadaan begini pun kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat masih lagi bernafsu untuk meneruskan cadangan yang tidak masuk akal seperti pembinaan terowong sedangkan sudah terdapat 2 jambatan di bina oleh kerajaan pusat di negeri tersebut.

Malah mereka mungkin mendabik dada sebelum ini kerana kebanyakkan daripada kerja buat mereka adalah membotakkan bukit-bukit , menambak kawasan pantai untuk dijadikan kawasan perumahan mewah selain daripada mencari keuntungan hasil daripada penjualan tanah kepada syarikat-syarikat tertentu.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri haruslah bertanggungjawab dan segera memberikan penjelasan berikutan kebimbangan banyak pihak malah mungkin perlu segera mendengar saranan daripada UMNO Pulau Pinang supaya memastikan kedudukan ekonomi negeri ini kembali seperti sebelumnya.sumber

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels