Followers

Wednesday 20 August 2014

Apa Yang Sibuk Sangat Sampai Kena Tangguh Tu ??


Kisah puak munafik yang kini telah berjaya memanipulasi sekumpulan manusia yang sebelum ini mengaku berpaksikan kepada Islam sebagai wadah perjuangan sudah pun diketahui ramai.Daripada kumpulan ulama sehinggalah kepada puak-puak yang jaga jalan semuanya diam dan senyap sepi setelah segala keputusan awal di sanggah bulat-bulat demi seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Malah lebih menyedihkan apabila Hadi Awang kini bukan sahaja dilihat hilang kredibilitinya sebagai seorang Presiden parti tetapi turut GAGAL membawa hala tuju parti PAS seperti mana yang diwar-warkan sejak penubuhannya satu ketika dulu.

Hadi ternyata tidak mampu menahan tekanan daripada puak-puak yang berpaksikan kepada Anwar Ibrahim dan ruang serta peluang yang telah dibuka seluas-luasnya oleh parti PAS selama ini akhirnya menyebabkan PAS hari ini tidak ubah sekadar parti politik yang diterajui oleh sekumpulan manusia yang lebih mementingkan kuasa politik daripada perjuangan sendiri.

Dalam suasana yang begitu terkesan mereka yang mengaku ulama dan pejuang Islam dalam PAS masih lagi terus kekal bersama-sama parti itu sedangkan hakikatnya mereka dipergunakan untuk kepentingan politik parti semata-mata.

Apakah nilai dan kedudukan pemimpin politik PAS jauh lebih tinggi daripada mereka yang dihimpunkan dalam Dewam Ulama PAS ?

Tahniah Hadi kerana kamu telah berjaya mengembleng PAS menjadi satu-satunya parti politik yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik duniawi.

Justeru itu MMI rasa tidak ada apa yang perlu dipertikaikan berikutan keputusan PAS tentang tindakan 2 Adunnya yang mengkianati bai'ah parti dengan memberikan sokongan terhadap Wan Azizah dalam isu kedudukan Menteri Besar di Selangor.
KUALA LUMPUR: PAS menangguhkan tindakan terhadap dua ADUNnya yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga isu tersebut selesai, lapor Sinar Harian Online.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan telah menerima laporan dari PAS Selangor berhubung sokongan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib kepada Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
“Ya, kita dah terima laporan tapi tunggu dululah krisis politik Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.
“Buat masa ini, kita tangguh dulu, biar selesai isu menteri besar selesai,” Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian Online.
Prinsip parti digadaikan hanya kerana pemimpin PAS yang kini dikuasai oleh ANWARINAS terlalu sibuk dengan persiapan kedudukan Menteri Besar Selangor ? 

Atau ada pihak mula bimbang dengan ugutan oleh Adun terbabit yang mahu mendedahkan aib pemimpin PAS ??

Tahniah ! Tahniah ! PAS ....

MMI

3 comments:

  1. Fikir tindakan disiplin selepas kemelut Selangor selesai. Memikir tindakan disiplin yg akan dibuat selepas PRU14 iaitu kira 4 thn lagi.

    Baguslah tu.

    ReplyDelete
  2. Pok ik telah mengeluarkan fatwa boleh berkerjasama dgn iblis untuk menjatuhkn umno..dan fatwa ini tlh diguna pakai oleh Pengganas Sulu di Sabah dgn bersengkokol dgn iblis utk mndptkan ilmu kebal...jadi xdak heranlah pas adalah parti yg tiada pendirian ttp menyesatkn lg mengelirukan

    ReplyDelete
  3. Dia orang tengah sibuk mengira duit yang bang non baru bagi.

    ReplyDelete

Labels