Followers

Thursday 14 August 2014

Gerakan BESAR-BESARAN Jatuhkan KHALID Di SELANGOR !!


Nampaknya gerakan besar-besaran kini sedang digerakkan oleh suku-sakat PKR di bumi Selangor bagi mendapatkan kembali kerajaan negeri yang sebelum ini dilepaskan dengan sendiri kepada BEBAS setelah perancangan jahat lagi licik Anwar bersama konco-konconya memecat Khalid Ibrahim.

Seperti yang MMI pernah katakan situasi di Selangor berlaku disebabkan sikap serta tindakan PKR sendiri yang terlalu rakus untuk berkuasa menyebabkan semua pihak kini bermasalah.Malah yang lebih menyedihkan adalah rakyat sendiri yang menjadi mangsa apabila kerajaan negeri yang sepatutnya menjadi penaung mereka terlibat dalam konflik perang saudara.

Memetik kata-kata Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yussof , seorang penganalisis politik dalam kenyataannya baru-baru ini mengenai krisis politik di Selangor , beliau membayangkan lebih banyak dinamik politik bakal berlaku di Selangor selepas ini , sama ada Khalid akan kekal sebagai menteri besar atau akan berlaku undi tidak percaya di dewan.

Satu kenyataan yang sebenarnya menunjukkan betapa rapuhnya politik di bumi Selangor kerana tindakan atau permainan politik yang keterlaluan oleh pihak-pihak yang sepatutnya memberikan penumpuan terhadap soal kebajikan rakyat.

Begitulah sikap PKR dan Pakatan Rakyat , mereka lebih mementingkan soal politik kepartian mengatasi tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.Malah insiden ini yang turut mengheret DYMM Sultan Selangor dilihat banyak pihak merupakan satu kerugian besar kepada rakyat.

Selangor seharusnya menjadi negeri contoh kepada negeri-negeri lain kerana kedudukannya dan keupayaannya selama ini namun kerana kerakusan dan sifat tamak pimpinan Pakatan Rakyat , Selangor akhirnya terjebak ke dalam kancah perebutan kuasa yang langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Apa jua yang kini sedang berlaku di bumi Selangor sebenarnya dirancang sebegitu rupa untuk memastikan survival politik seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Dan kerana itu walaupun kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor masih lagi terjamin kerana mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor serta sokongan daripada PAS dan UMNO ianya tidak menjamin kedudukan itu mampu bertahan.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) , Muhammad Azhid Md. Arip mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang merancang untuk menggunakan sidang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pada September depan untuk menggantung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama enam bulan jika usahanya untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu sekarang gagal.

Menurut Zahid , Anwar akan gunakan segala kelemahan dan peruntukan yang ada dalam dewan untuk menjayakan misi tersebut.

"Anwar akan gunakan segala kelemahan dan peruntukan yang ada dalam dewan untuk menjayakan misi itu dan kena ingat Speaker DUN ketika ini memang tidak mempunyai kuasa tetapi sampai waktu persidangan nanti beliau boleh melakukannya atas arahan terancang.

"Sebab itu saya mengingatkan Abdul Khalid untuk berhati-hati kerana kedudukannya belum selamat lebih-lebih lagi berdepan dengan Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau turut mendakwa usaha tersebut dipercayai sedang digerakkan dengan sokongan barisan peguam Anwar yang akan turut mencari segala kelemahan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan perancangan tersebut berjaya.

Seperkara yang harus diketahui oleh rakyat khususnya yang berada di Selangor adalah Anwar Ibrahim pada ketika ini amat tidak senang dan berasa tercabar memandangkan Khalid masih lagi mampu menepis tiap serangan dan cubaan untuk menjatuhkannya.

Malahan Khalid yang mendapat sokongan penuh daripada DYMM Sultan Selangor benar-benar membuatkan Anwar naik angin seterusnya membuktikan dakwaan daripada Zahid itu punya asasnya.

Beliau tahu sekiranya Khalid menang dalam mendepani krisis ini dan terus dapat mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor , Anwar akan terus dimalukan malahan tuduhan bahawa beliau selama ini merupakan seorang pemimpin yang gagal menyelesaikan masalah akan terus terpahat.

Anwar tidak mahu kegagalan "Langkah Kajang" terus menghantuinya.kredit 

Sehingga artikel ini ditulis , Wan Azizah dilaporkan telah mengumumkan bahawa beliau sudah mendapat sokongan penuh majoriti daripada ADUN-ADUN di Selangor seterusnya kedudukan Menteri Besar bakal berubah.

Menurut Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar."

Kesemua ADUN-ADUN terbabit diberitakan telah berhimpun di Hotel Empire Subang Jaya dan pada jam 11.30 pagi tadi Wan Azizah telah menyatakan surat telah pun diutuskan kepada Sultan Selangor untuk mohon mengadap.

Dalam masa yang sama Khalid Ibrahim mengakui bahawa beliau sedar tentang pengumuman tersebut namun akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga proses undi tidak percaya dilakukan di sidang DUN Selangor.

Apakah dengan perkembangan terbaru ini kita bakal menyaksikan parti PAS akan melakukan U-Turn dengan kembali memberikan sokongan kepada Wan Azizah ?

Sebelum apa-apa MMI ingin ucapkan tahniah kepada PAS kerana menjayakan misi ANWARINAS !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels