Followers

Monday 11 August 2014

Hah Tu Dia !! Khalid Ibrahim Sah .....


Sidang media yang diadakan pada jam 2 petang tadi oleh Khalid Ibrahim menjawab segala persoalan tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor setelah dipecat daripada parti PKR baru-baru ini.

Tan Sri Khalid dalam sidang media itu menyatakan bahawa beliau yakin tiada sebarang masalah untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah dipecat dari PKR.

DYMM Sultan Selangor turut memperkenankan Khalid meneruskan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor setelah mendengar penjelasan daripada beliau.

Berhubung kedudukan Exco, Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan 4 exco kerajaan negeri dari PAS sekali gus membolehkan beliau terus mengadakan mesyuarat kerajaan negeri. Ini berdasar Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan.

Dalam pada itu Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai PAS tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.

"Sekiranya exco tidak mahu bekerja dengan saya , mereka yang perlu tinggalkan jawatan , bukan saya" Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

So kepada exco-exco yang dok bising sangat tu silalah lepaskan jawatan masing-masing ya sebab Menteri Besar dah bagitau tu ! Kihkih Pakatan Meloya !!!!

MMI

1 comment:

  1. Peliwat ada peguam keliling pinggang pun masih BODOH dengan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR....

    Kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete

Labels