Followers

Tuesday 12 August 2014

Kit Siang PARANOID ??


DAP yang jadi mangsa pertembungan PKR dengan PAS gara-gara mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mula mengaitkan UMNO demi meraih semula sokongan bagi mengukuhkan pembangkang yang kini bercakaran ekoran kontroversi tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menggunakan ‘reverse psychology’’ dengan menggesa supaya Adun Pakatan Rakyat (PR) menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor selepas sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Khalid.

Beliau memberi gambaran seolah-olah, kena ingat bahawa musuh sebenar PR selama ini adalah UMNO dan BN.

Justeru itu, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan memberi sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat perlu dilihat Adun PR sebagai sokongan ‘musuh’ yang cuba menangguk di air keruh.

Ahli parlimen Gelang Patah itu berkata, pendirian tersebut “penting dan mustahak” untuk 43 Adun PR menyatakan pendirian mereka, khususnya 15 Adun PAS.

“Dengan pengumuman sokongan 12 Adun BN kepada Khalid oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sangat penting dan mustahak untuk mendapatkan pendirian 43 semua Adun Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS dalam isu ini,” kata Lim dalam satu kenyataan, lewat petang Isnin.

Lim berkata faktor masa adalah penting pada ketika situasi krisis menteri besar dan politik Selangor bergerak dengan pantas.

“Semua proses membuat keputusan politik perlu dipercepatkan jika Pakatan tidak mahu dilihat tidak mampu respon kepada perubahan politik yang pantas,” katanya.

Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, BN akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani.

Menurut Muhyiddin, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.

Khalid hari ini mengakui beliau mendapat perkenan Sultan Selangor kekal sebagai menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri.

Katanya, Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menyokong kepimpinannya.

Sebelum ini, Lim turut menyatakan kebimbangan terhadap krisis yang melanda PR apabila PAS tidak bersetuju cadangan menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Beberapa hari lalu, beliau menyifatkan apa yang berlaku dalam PR ketika ini amat buruk dalam tempoh enam tahun pakatan rakyat dan boleh menghalang rancangan pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 14.

DAP sudah menyatakan pendirian menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar tetapi cadangan PKR itu terbatut kerana PAS berkeras mahu Khalid dikekalkan.

Sekiranya, PR berpecah, Lim dan DAP tentunya menyedari niat mereka untuk bersama-sama menerajui negara dengan PKR dan PAS tidak akan tercapai.

Sebab itu, Lim mahu Adun PR di Selangor menjadikan sokongan terbuka BN itu untuk ‘menyedarkan diri’ masing-masing.bnbbc

MMI

1 comment:

  1. LIM KIT SIAL belapa lama lagi lu mau duduk...PM Malaysia sudah 6 olang datang dan pergi..lu bila lagi mahu undur...sial..lu mau jadi tokong macam Guan Ying ke..cukup cukup la tu Lim Kit Siang..lu pun sudah mau mampus...dah tua..lu punya kubur sudah sedia ke

    ReplyDelete

Labels