Followers

Sunday 17 August 2014

PAS Buat Keputusan Hari Ini !!

 

Hadi Awang Presiden PAS sudah pun tiba di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi bagi meneruskan agenda yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak berkenaan pendirian parti itu dalam kemelut Menteri Besar di Selangor.Sebelum ini PAS sudah menyebabkan keresahan sebahagian besar pimpinan daripada PKR dan DAP kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.

Semuanya berlaku kerana pendirian PAS sebelum mesyuarat pagi ini adalah menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar dan menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim.Keputusan itu menyebabkan kem Anwar kelam kabut sehingga berlakunya penderhakaan oleh 2 orang ADUN daripada PAS apabila memberikan taat setia serta sumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Krisis di Selangor juga turut menyajikan kepada rakyat Malaysia bahawa Bai'ah yang dilafazkan oleh setiap ahli PAS dan barisan pimpinannya hanyalah sekadar retoriksemata-mata memandangkan 2 orang ADUN PAS yang bertindak menyokong Wan Azizah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bersalah.

Malah 2 ADUN terbabit sudah dan secara terang-terangan melanggar bai'ah yang dilafazkan namun PAS masih terhegeh-hegeh dan tidak pula memecat mereka daripada parti ! Kenapa ? Siasat dulu ? Bohong budak-budak bolehlah !!!!

Untuk makluman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob juga sudah berada di Ibu Pejabat PAS bersama-sama kepimpinan lain.

Sememangnya peperangan hebat sudah berlaku dalam PAS melibatkan kumpulan pro-ulama dan puak-puak yang mengaku kononnya golongan profesional sedangkan hakikatnya mereka adalah ANWARINAS ! MMI tak mau mengulas panjang ,apa jua keputusan PAS nanti MMI hanya mahu melihat satu perkara sahaja ...

Apakah PAS akan terus MUNAFIK atau mula mengambil langkah untuk BERUBAH !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels