Followers

Wednesday 20 August 2014

PAS Selangor Tolak Jijah Omega Kemudian Ajak Rakyat Main Tarik Tali ?!!


Seolah-olah satu lagi permainan tarik tali sedang berlaku di Selangor apabila PAS Negeri Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan yang berbeza daripada keputusan awal oleh pucuk pimpinan parti PAS baru-baru ini.

PAS Pusat sebelum ini sudah pun menyatakan pendirian mereka yang penuh kontroversi dengan sokongan terhadap 2 nama yang telah diputuskan iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.Seterusnya membuktikan sokongan jitu PAS terhadap PKR dan DAP dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim yang maih lagi meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dengan perkenan daripada DYMM Sultan Selangor.

Setelah kenyataan penuh kontroversi dari PAS tersebut , PAS Selangor dalam kenyataan terbarunya telah menyatakan bahawa selagi tidak diperkenankan oleh Sultan , keputusan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru tidak akan diiktiraf oleh PAS negeri.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri , Sallehen Mukhyi berkata , walaupun PAS negeri akur dengan keputusan PAS Pusat ia tidak bermakna mereka bersetuju sepenuhnya selagi Sultan tidak membuat perkenan.

Walaupun Jawatankuasa Pas Pusat akur dengan majlis pimpinan pakatan pembangkang menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai satu keputusan sah.

Ini kerana pencalonan Wan Azizah dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, dalam tempoh peralihan ini, beliau bersama tiga lagi ADUN Pas akan tetap meneruskan tugas sebagai Exco bagi memastikan pentadbiran negeri yang diterajui Abdul Khalid tetap berjalan lancar.

"Pentadbiran berjalan seperti biasa termasuk mesyuarat Exco mingguan pada Rabu ini. Kita tunggu sehingga Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) pulang dari luar negara pada 27 Ogos ini," katanya.

Berdasarkan tinjauan berkenaan krisis politik di Selangor , banyak pihak melihat tindakan PAS Negeri Selangor ini tidak banyak membantu untuk memulihkan keadaan politik yang kini kacau bilau disebabkan oleh permainan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Malah rata-rata rakyat sudah boleh menjangkakan PAS Negeri Selangor akan tetap akur dengan keputusan partinya waima berlaku satu keputusan lain setelah ianya sampai ke pihak istana nanti.

Semua ini berdasarkan kenyataan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berkata , pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini.

"Semalam kita dah buat satu keputusan yang menetapkan empat perkara dan kita akan ikut keputusan itu. Apa pun yang diarahkan oleh Pas Pusat, kita akan patuhi," katanya.sumber 

Alo brader kenyataan apa yang ampa buat ni ?? Dah terbukti setakat suara ampa tu Mat Sabu kalih sat ja !!! Tak boleh pakai ...

MMI

1 comment:

Labels