Followers

Tuesday 26 August 2014

Pimpinan PAS Sendiri Yang MUNAFIKKAN Parti !!!


Apa yang sedang berlaku dalam parti PAS kini merupakan satu kesilapan yang sebenarnya dizahirkan oleh pimpinan PAS sendiri.

Diwaktu mereka sedang leka dengan pangkat , kedudukan dan kuasa sebahagian besar daripada mereka langsung tidak  terfikir untuk kembali bertenang dan mengucapkan syukur.

Malahan pimpinan PAS sebelum ini begitu bongkak dan sombong , pantang ada sahaja kritikan dan teguran pasti akan dibalas dan ada diantaranya mengkafirkan orang-orang Melayu dan Islam yang lain.

Begitulah adat manusia , kita bukan maksum nafsu itu mampu memesongkan kita sekiranya kita lalai.

Kemelut politik Selangor benar-benar menjadikan PAS sebagai pengecut malah munafik kerana ramai diluar sana sedar betapa PAS kini tidak lagi seperti dulu.Tunduk kepada desakan PKR dan DAP semata-mata kerana bimbang hilang kedudukan dan kuasa.

Kerana itu PAS yang sebelum ini memberikan sokongan terhadap Khalid Ibrahim boleh membuat keputusan sebaliknya setelah mesyuarat diperingkat pusat diadakan.

Apa yang berlaku dalam PAS sebenarnya ?

Terkini , keputusan yang telah dibuat PAS untuk menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi memutuskan nama atau siapa yang layak menjadi Menteri Besar Selangor dianggap menyerlahkan lagi sikap munafik didalam kepimpinan parti tersebut.

Mesyuarat PAS sebelum ini sudah pun mencalonkan nama Wan Azizah serta Azmin Ali sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.Kemudiannya dibawa keperingkat pimpinan Pakatan Rakyat dan memutuskan hanya satu nama akan dicalonkan iaitu Wan Aziah namun PAS menarik balik cadangan asal mereka setelah 13 Adun PAS Selangor menolak keputusan kepimpinan tertinggi parti untuk mencalonkan Azmin Ali.

Kemelut itu berlaku disebabkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat semalam membuat keputusan untuk memilih Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi dalam mensyuarat tersebut bertegas untuk menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas alasan agama dan kelayakan namun keputusannya itu tidak mendapat sokongan daripada pimpinan yang lain termasuklah daripada Timbalan Presiden PAS sendiri Mat Sabu dan juga 13 Adun PAS yang lain.

Disebabkan keadaan itu maka keputusan akhir PAS menyerahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Keputusan ini diumumkan oleh Mustafa Ali dalam satu sidang media yang tidak dihadiri oleh Hadi Awang dan juga Mat Sabu.

Namun sidang media tersebut agak aneh kerana kenyataan yang dibaca oleh Mustafa Ali seolah-olah menunjukkan keputusan itu seolah-olah tidak mendapat restu daripada banyak pihak dari kalangan pimpinan PAS sendiri.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.” Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu turut enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

Berdasarkan apa yang berlaku semalam jelas dapat dilihat bahawa PAS kini sedang bergelut dengan krisis dalaman melibatkan parti sendiri.Mereka sedar bahawa sudah wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak lagi punya rasa hormat terhadap pimpinan tertinggi khususnya mereka-mereka dari kalangan ulama dalam PAS.

Malah sikap tidak menentu pimpinan PAS dalam setiap keputusan melibatkan krisis politik di Selangor membuktikkan betapa PAS kini bertukar daripada sebuah parti yang mengaku pejuang Islam menjadi parti paling munafik.sumber 

MMI kata ampa yang dalam PAS tu mau beringat hati-hatilah dengan dengan dia ni....


Sebab apa ?? Sebab dia sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib !!! Ampa mau reti !!!

MMI

2 comments:

  1. ayam panggang tak ummhh.. khinzir panggang cicah ayaq asam...memang powerr!!

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar!....permohonan ulamak mereka untuk berkerjasama dengan iblis lebeh baik drpd. Umno,maka ianya telah dimakbulkan,bukan saja berkerjasama malah diberi/dihantar iblis-iblis ini menjadi ahli bagi mengkuat lagi cita-cita busuk mereka. Lihat dan nanti bilakah kenhancuran akan mengambil tempat?. Sama-sama tunggu.

    ReplyDelete

Labels