Followers

Thursday 14 August 2014

RODZIAH Lebih Cintakan ANWAR Dari KHALID !!


Nampaknya seorang lagi anggota exco kerajaan negeri Selangor bakal menerima nasib yang sama dipecat kerana keputusan untuk terus menyokong keputusan parti semestinya tidak selari dengan dasar Menteri Besar Selangor hari ini Khalid Ibrahim.

Anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Rodziah Ismail berkata beliau akur kepada keputusan partinya berhubung krisis politik Selangor, yang menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Beliau yang baru pulang dari Bangkok, Thailand malam semalam selepas mewakili parti itu dalam satu kursus di sana, dalam satu kenyataan ringkasnya berkata:

"Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya.

"Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor," katanya yang mengikuti kursus di Thailand sejak 11 hingga 13 Ogos.

Lima anggota Exco yang disahkan dipecat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Untuk rekod Khalid sebelum ini berkata pemecatan itu tidak melibatkan Rodziah yang ketika itu berada di luar negara dan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu akan diputuskan selepas beliau pulang ke tanah air. sumber bernama

Kalau dah keputusan menyokong pucuk pimpinan parti keputusannya mudah tinggalkan jawatan sedia ada atau nantikan surat pemecatan.Mudahkan ?? 

Cuma MMI terfikir mewakili parti dan berkursus di Thailand ?? Ish ....

MMI

1 comment:

  1. mewakili parti dan berkursus di Thailand...
    mungkin kursus cara cara menambat hati suami agar tidak makan luar dan pintu pelakang

    ReplyDelete

Labels