Followers

Sunday 10 August 2014

SAH Dun Selangor Bakal Di BUBARKAN !!


Seperti yang telah diduga oleh banyak pihak parti PKR akan muncul dengan keputusan memecat Khalid Ibrahim sebagai ahli parti.Segala-galanya sudah pun dirancang dan konco-konco Anwar kini hanya mengikut skrip yang disediakan.

Matlamat mereka hanya satu menguasai segera negeri Selangor dan bagi MMI ini merupakan satu rampasan kuasa secara mengejut yang dilakukan oleh parti dan rakan politik sendiri sehingga menyebabkan Khalid Ibrahim kini menjadi mangsa keadaan.

Pelbagai isu dicipta dan dikarang untuk mengheret rakyat supaya menerima alasan rampasan kuasa yang dirancang walaupun hakikatnya semua itu adalah ciptaan sang raja rimba Anwar Ibrahim.

Khalid pula masih lagi bertahan walaupun secara amnya beliau kini adalah wakil BEBAS !

MMI pula yakin sesuatu bakal berlaku di Selangor berdasarkan kenyataan Khalid terhadap keputusan parti memecat beliau sebagai ahli PKR.

"Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang. Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli. 

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. 

Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti. Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini".

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Jika semua itu berlaku sudah pasti cerita Selangor akan lebih menarik .. Malahan Khalid yang kini masih Menteri Besar boleh sahaja memecat dengan kadar segera barisan Exco Negeri yang dilantinknya kerana PKR dan DAP malah PAS tidak punya alasan untuk menghalang.

Selain daripada itu jika dihitung kedudukan kerusi di Selangor kini jelas pihak yang memulakan agenda ini turut tidak senang duduk.Ini berikutan tindakan PKR yang memecat Khalid sebagai ahli partinya.

PKR kini hanya mempunyai 13 kerusi , DAP 15 dan PAS 15 manakala BN punya 12 kerusi selain daripada BEBAS 1 (Khalid).

Bayangkan sekiranya kerusi-kerusi BN 12 bergabung dengan PAS 15 dan ditambah 1 daripada BEBAS (Khalid) maka gabungan ini bakal mempunyai 28 kerusi.

Manakala dipihak PKR 13 ditambah dengan DAP 15 juga akan mempunyai 28 kerusi.

Kedudukan ini memungkinkan berlakunya keputusan upset bagi Anwar dan konco-konconya memandangkan 1 sahaja kerusi yang berpihak kepada mana-mana pasukan sudah pasti akan menyebabkan satu keputusan besar di negeri Selangor.

Soalnya mampukah ianya direalisasikan memandangkan sikap PAS yang sering kali tunduk kepada sihir Anwar ??

MMI

3 comments:

  1. TSKI tak perlu bubar DUN selagi belum kalah usul undi tak percaya. Dan Sultan juga berkuasa untuk tidak membubarkan DUN walaupun diminta berbuat demikian.

    Kita tengok dulu samada PAS akan membuat keputusan yang betul dan benar sepertimana perjuangan menegakkan Islam yg mereka kata. Kerana mereka harus sedar bahawa mereka bukan hanya bertanggungjawab ke atas keputusan mereka di atas dunia tetapi juga di Akhirat kelak.

    ReplyDelete
  2. tak usahlah percaya pada pas ianya seperti lalang mengikut angin kesana kemari dipijak dikaki oleh dap

    ReplyDelete
  3. PAS adalah parti politik, sama seperti parti DAP. hairan juga ramai yg masih percaya PAS adalah parti yg perjuangkan islam. kalau sembang pasal akhirat, tak kan anwar berani nak buat macam tu.. sama mcam PAS yg tak fikir tenetang akhirat.

    ReplyDelete

Labels