Gambar Hiasan |
Nampaknya segala aksi kelam-kabut sebelum ini akhirnya terjawab ! Krisis di Selangor memperlihatkan kepada kita bagaimana politik mampu mengheret pihak-pihak yang mengaku profesional menjadi setaraf penyangak.
Sebelum ini kita sudah menyaksikan bagaimana DAP begitu serius dalam mendepani kemelut politik yang berlaku di bumi Selangor.Atas nama Pakatan Haprak sememangnya DAP punya alasan untuk sama-sama terlibat namun pada pandangan MMI aksinya agak keterlaluan sampaikan PAS didesak untuk segera mengumumkan pendirian mereka terhadap kedudukan Menteri Besar Selangor malah ada dikalangan pimpinannya turut mahu disaman oleh seorang manusia yang PAS sendiri pernah angkat sebagai khalifah.
Kenapa sampai begitu ??
Semua persoalan itu terjawab apabila salah seorang Adun di Selangor yang berang apabila Khalid memecat beliau baru-baru ini mendedahkan segala-galanya.
Akibat terlalu geram dan marah terhadap Menteri Besar Selangor setelah dipecat dari jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Adun Sungai Pinang, Teng Cheng Kim, tanpa berselindung mendedahkan satu 'projek haram' kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dahulu yang pernah menyumbang sebanyak RM2 juta kepada semua sekolah persendirian Cina di negeri itu.
Teng yang kini hilang punca pendapatan setelah dipecat dari jawatanya telah menyasarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Khalid Ibrahim kerana telah membatalkan pemberian peruntukan tersebut.
Menurut Teng, sebelum krisis pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor berlaku, kerajaan negeri yang dinaungi PKR, PAS serta DAP telah sepakat dan berjanji untuk menunaikan permintaan DAP Selangor supaya setiap sekolah persendirian Cina di negeri ini diberi peruntukan sebanyak RM2 juta setiap tahun.
Namun hari ini, Teng menzahirkan rasa kecewanya apabila pemberian peruntukan tersebut pada tahun ini sengaja dilambat-lambatkan. Dalam nada bengang, Teng menyifatkan exco Hal-Ehwal Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai kerana tidak tahu mengenai Rancangan Khalid untuk membubarkan DUN.
Tindakan Teng membuka pekung pantadbiran kerajaan negeri Selangor semasa di bawah Pakatan Rakyat yang dinaungi DAP, PAS dan PKR telah menimbulkan tanda tanya dari banyak pihak yang mempersoalkan pemberian tersebut yang dianggap tidak adil.
Malah ada pihak beranggapan, pemberian wang sebanyak RM2 juta kepada sekolah persendirian Cina itu sebagai tanda membalas budi terhadap undi kaum Cina di negeri itu yang telah memenangkan PR pada PRU ke 13 yang lepas.
Menurut pendapat pemerhati politik, aksi londeh-melondeh yang sedang berlaku antara pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PAS dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua parti tersebut selain memberi kelebihan pada pihak lawan.sumber
Lihatlah bagaimana dalam diam mereka merencana agenda untuk kepentingan bangsa mereka dengan menjadikan orang Melayu sebagai pencacai.
Pikirlah wahai rakyat Selangor !!!
MMI
PAS takde rasa apa apa ke dengan kenyataan TENG diatas ,sumbangan rm2 juta banyak tu untuk sekolah CINA , sekolah ugama ada hulur tak
ReplyDeletebangkitlah dari tidur yang nyenak
ReplyDeleteusah lagi dibuai mimpi yang belum tentu indahnya
jangan bila terjaga nanti dirimu betada dibawah tangga
bangkitlah
bangkitlah
bangkitlah
dalam lena mu yang diulit Iblis yang melalaikanmu !