Kehadiran Lim Guan Eng dan barisan pimpinan DAP lainnya yang langsung tidak ada kena mengena dengan politik Selangor dianggap begitu bermakna bagi Anwar Ibrahim kerana semangat yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP ini cukup untuk membuktikan bahawa DAP sememangnya menyokong penuh tiap usaha yang dilakukan oleh PKR.
DAP juga adalah penyokong kuat gerakan besar-besaran oleh PKR yang mahu menumbangkan Khalid Ibrahim sejak dari awal lagi.Hingga kini Guan Eng seolah-olah menjadi warga Selangor kerana sering kali kelihatan bersama dengan pimpinan lain dari PKR dalam setiap sidang media mahupun majlis-majlis yang diadakan.
Dalam masa yang sama Guan Eng antara pimpinan DAP paling lantang yang mahukan supaya PAS bersama-sama dengan DAP dan PKR bagi menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah selaku Menteri Besar Selangor sejak dari krisis ini bermula.
Malah pimpinan DAP turut mendesak PAS supaya segera membuat keputusan sama ada bersama Pakatan Rakyat atau mengambil pendirian sebaliknya berikutan keputusan Dewan Ulama PAS dan beberapa kepimpinan utamanya yang menyatakan sokongan terhadap Khalid Ibrahim.
Tindakan DAP yang beria-ia mahukan PAS menyertai barisan kepimpinan Pakatan di negeri Selangor boleh dianggap sebagai cakap tak serupa bikin.
Apakah DAP benar-benar ikhlas mahukan PAS bersama dengan mereka atau sekadar mahukan sokongan supaya Pakatan Rakyat dapat meneruskan legasi politik rakus di Selangor ?
Seperkara yang harus diambil kira oleh PAS adalah DAP sebelum ini jelas meminggirkan wakil PAS di Pulau Pinang apabila PAS langsung tidak mempunyai tempat didalam barisan kepimpinan negeri yang diperintah oleh DAP.
Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap satu-satunya wakil tunggal PAS di Pulau Pinang ? YB Salleh Man sehingga kini tidak diberikan sebarang jawatan di peringkat negeri.Malah bagi jawatan exco agama negeri pun DAP melantik YB Malik Kassim daripada PKR.Sedangkan tempat tersebut seharusnya menjadi milik PAS berdasarkan kepada perjuangan partinya.
Sikap bermuka-muka DAP ini harus dipandang serius oleh pemimpin PAS terutamanya didalam menilai semangat perpaduan dan persahabatan didalam Pakatan Rakyat.
Rakyat diseluruh negara khususnya orang Melayu kini sedang memerhatikan segala tindak tanduk PAS sebagai parti Melayu terbesar dalam Pakatan Rakyat.
Kegagalan untuk membuktikan PAS bukanlah pencacai atau pak turut kepada PKR dan DAP harus segera dizahirkan kerana jika itu tidak mampu dilakukan oleh PAS ketika ini maka PAS sebenarnya sedang menempah maut.
Pertamanya PAS akan terus-terusan dikeldaikan oleh pimpinan dan parti PKR serta DAP !
Keduanya PAS akan dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan Anwarinas seterusnya menyebabkan pendirian serta keputusan tertentu akan ditolak mentah-mentah seperti mana yang telah berlaku dalam isu tuntutan kalimah Allah.
Malah kini pun ianya sudah berlaku , Dewan Ulama PAS sudah membuat ketetapan bahawa mereka menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim dan mahukan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat namun keputusan itu seolah-olah tidak punya kuasa.sumber utaranews.com
MMI
No comments:
Post a Comment