Followers

Friday 12 September 2014

Calon PAS Dari Kalangan Anwarinas Atau Pro Ulama ?? #PRKPengkalanKubor


PRK Pengakalan Kubor sudah boleh diistilahkan sebagai sudah bermula apabila kedua-dua parti bertanding sudah pun menamakan calon masing-masing.Barisan Nasional terlebih dahulu telah pun mengumumkan calonnya iaitu anak tempatan Hj. Mat Razi bin Mat Ail manakala pembangkang yang diwakili oleh PAS turut berbuat demikian dengan menamakan Wan Rosdi yang digembar-gemburkan sebagai kontraktor terpilih.

Seperti biasa kedua-dua calon ini akan mula turun bertemu pengundi dalam siri kempen sehinggalah hari pembuangan undi nanti.

Namun timbul juga tanda tanya apakah calon PAS di Pengkalan Kubor ini datangnya dari kem Ulama atau Anwarinas ??

Jangan gelak dulu , semua ini perlu diambil kira kerana krisis politik yang berlaku di Selangor membuktikan bahawa meletakkan kepercayaan terhadap parti PAS semata-mata mampu mengundang bala.

Lihat sahaja bagaimana insiden kata-mengata diantara pimpinan pembangkang dan bagaimana suara Dewan Ulama PAS diketepikan oleh pemimpin parti sendiri semata-mata kerana terlalu sayangkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Imbas kembali bagaimana penguasaan puak-puak anwarinas dalam PAS tatkala Anwar berkeras untuk menamakan hanya Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar !

Presiden PAS pun lari ikut pintu belakang beb !!!!

Kini PRK Pengkalan Kubor membuka tirainya dan sejauh mana pengundi mahupun penyokong PAS yakin calon yang diketengahkan ini benar-benar pejuang parti yang tidak memihak kepada mereka yang pro Anwar Ibrahim ?

Paling mengejutkan adalah belum pun persoalan diatas terjawab , PAS sudah mula berbohong !!


Belum pun penamaan calon PAS sudah berbohong kepada pengundi di Pengkalan Kubor.Merujuk kepada sumber calon PAS bukanlah anak tempatan seperti mana yang diwar-warkan oleh mereka sebaliknya beliau merupakan anak Kampung Bendang Pak Yong . 

Ini berbeza sama sekali dengan calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional , beliau merupakan anak jati Pengakalan Kubor dan berasal dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.Baca selanjutnya di SINI 


Berbalik kepada persoalan yang MMI nyatakan di awal tadi , sudah pasti PAS tidak lagi mampu berdepan dengan situasi dimonopoli oleh puak-puak anwarinas seperti mana yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Namun agak aneh apabila PAS bukan sahaja dilihat berubah tetapi mencalonkan wakil yang diwar-warkan sebagai seorang kontraktor binaan terpilih !!! Kemana perginya pendirian PAS selama ini yang mementingkan wakil yang lebih kepada keagamaan ?

Apa mungkin anwarinas sekali lagi menguasai gelanggang untuk menentukan keputusan akhir ??

Kepada pengundi di Pengkalan Kubor buatlah pilihan yang tepat kerana anda yang menetukan keputusan akhir nanti.

Ada orang tanya MMI yang depa letak tu calon PAS ka calon Anwar ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels