Followers

Monday 22 September 2014

Calon PAS Terang-Terang Menyokong Agenda R SPR Take Note !!! #PengkalanKubor ??


Menurut kenyataan daripada pihak SPR hari ini , badan terbabit akan mengambil tindakan terhadap parti PAS sekiranya papan iklan yang berlogo 'R' atau berkaitan isu Royalti yang digunakan sebagai bahan kempen parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Pengkalan Kubor masih dijadikan sebagai modal kempen.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mendakwa ia melanggar undang-undang yang ditetapkan. "Kita sedang buat semakan. Kalau didapati melanggar syarat, kita akan minta ia diturunkan, "Setakat ini kita belum terima lagi laporan rasmi, laporan ke lain mungkin ada tapi di pihak SPR kita belum terima lagi".

Hashim juga berkata, sepanjang tempoh berkempen, SPR menerima tiga laporan perlanggaran syarat oleh kedua-dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS. Selain itu, kesalahan lain yang dibuat termasuklah meletakkan bendera di lampu isyarat dan menggunakan poster atau bendera parti yang tidak bertanding.

Namun begitu, masih tiada tindakan yang diambil terhadap kedua-dua parti setakat ini, ujar Hashim."Hasil rundingan dengan parti bertanding, kedua-dua (BN dan PAS) bersetuju menurunkan bendera dan poster berkenaan, oleh itu tiada tindakan diambil, "Keadaan kempen amat terkawal," katanya lagi.  

Rasanya pihak SPR dah pun boleh mengambil tindakan terhadap PAS sebab bukan sahaja papan tanda tetapi calon PAS sendiri pun turut sama menyokong kempen berkenaan tuntutan royalti ni.

Tengok sahaja gambar atas dan bawah ni ...


Bila orang dah bertimbangrasa tu pikir-pikir tengoklah ! Jangan pula kita melebih ... SPR pun rasanya perlu BERTINDAK puak-puak ni bukan makan dengan AMARAN ja.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels