Followers

Monday, 22 September 2014

PRK #PengkalanKubor BN Makin DI TERIMA PAS Pening Kepala !!


Sepanjang proses kempen PRK Pengkalan Kubor hingga ke hari ini , suasananya tidak seperti PRK-PRK sebelum ini.Keadaan agak sejuk tanpa berlakunya sebarang provoksi melampau melibatkan kedua-dua parti bertanding.

BN pula semenjak hari pertama diterima oleh penduduk yang rata-ratanya sudah biasa dengan UMNO memandangkan bekas wakil rakyat DUN Pengkalan Kubor merupakan seorang ahli parti UMNO yang dekat dengan rakyat.

Pemergian warwah Dato Di sememangnya dirasakan oleh penduduk di Pengkalan Kubor namun mereka tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang pengganti bernama HJ Mat Razi Mat Ail yang tidak tumpah seperti arwah dari segi hubungan , kemesraan dan perkhidmatannya.

Gambar atas merupakan salah satu program walkabout Hj Mat Razi Mat Ail calon Barisan Nasional pada sebelah pagi tadi yang turun ke kampung-kampung bertemu dan menyelami sendiri perasaan penduduk dan harapan mereka.

Dalam masa yang sama seluruh jentera BN kini sedang bergerak di setiap kawasan khususnya melibatkan PDM-PDM seterusnya menenggelamkan jentera PAS yang ketika ini masih kebingungan dengan masalah dalaman parti yang belum menampakkan kesudahan.


Dr Novandri Hasan Basri melalui klinik bergeraknya bersama-sama dengan UMNO Pulau Pinang turut hadir membantu jentera dengan menawarkan rawatan serta pemeriksaan percuma kepada penduduk yang memerlukan.

Gambar atas merupakan contoh penerimaan masyarakat di Pengkalan Kubor , semuanya kerana keikhlasan dan kesungguhan untuk membantu rakyat dan semestinya selepas ini Hj Mat Razi Mat Ail akan meneruskan usaha-usaha ini untuk memastikan masyarakat di DUN Pengkalan Kubor mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Manakala di pihak PAS pula mereka masih dengan strategi menutup MULUT calon !! Satu tindakan diktator daripada pihak atasan parti PAS yang selama ini bersama Pakatan melaungkan tentang hak kebebasan bersuara.


Namun disebalik semua tindakan itu kita sudah dapat meramalkan kenapa ianya berlaku , PAS bimbang jika soalan-soalan tentang perkara dibawah disoal !!

01.Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
02.Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013) 
03.Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013) 
04.Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013) 
05.Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor(1990-2013) 
06.Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013) 
07.Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013) 
08.Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-     2013) 
09.Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013) 
10.Projek Jambatan Kedua KB-Kg.Cina Di Palekbang (1996-2013) 
11.Projek Pelabuhan Sri Tujoh,Tumpat(1997-2013) 
12.Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013) 
13.Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013) 
14.Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
15.Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013) 
16.Projek Pelancongan Danau Tok Uban(2006-2013) 
17.Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013) 
18.Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013) 
19.Projek Koridor Depu gua Musang (2007-2013) 
20.Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013) 
21.Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013) 
22.Bandar Baru Dabong (2008-2013) 
23.Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
24.Lebuhraya KotaBharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)

Macam biasa rakyat masih menantikan jawapan !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels