Followers

Monday 29 September 2014

DAP Tersenyum Selepas Dyana , Rara Kini Melati Pula !!


Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.

“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.

DAP menentang ‘kapitalisme parti’

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.

“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.

“Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin.

“Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini.

“Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Renaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut “nihil spectari homine admirabilius”, yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan.

“DAP menentang ‘kapitalisme parti’, mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti.

“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? Baca Selanjutnya 

Kadang-kadang geli hati melihat puak yang terlalu taksub dengan perjuangan dan ideologi politik DAP ni .. Dalam PRK Teluk Intan calon DAP , Dyana Sofya langsung tidak punya karisma sebagai seorang pemimpin yang mampu diletakkan amanah untuk memimpin orang Melayu khususnya.

Disebabkan itulah beliau GAGAL meyakinkan pengundi untuk memilih beliau kerana secara jujurnya kehadiran Dyana tidak ubah sekadar gadis litar yang hanya mampu menyumbang senyuman tak lebih dari itu.

Selain dari itu kedangkalan mereka-mereka ini mengaitkan agama dengan ideologi politik jelas membuktikan semakin ramai anak-anak muda kita hanyut dengan dunia liberal yang kini menjadi permainan DAP.

Bagi MMI setiap dari kita punya hak masing-masing untuk memilih agenda politik yang dimahukan tetapi ada seperkara yang perlu kita perhatikan.Siapa sebenarnya yang membuka ruang sebegitu luas sehingga anak-anak muda ini begitu teruja dengan DAP ??

Yakinlah bahawa parti PAS adalah penyebab kepada apa yang sedang berlaku dan paling pasti kesilapan ini tidak akan diakui mereka sebagaimana mereka mensyahidkan mereka-mereka yang terkorban dalam tragedi Memali.

MMI

2 comments:

  1. budak budak ni baru nak belajar politik, maka di bawalah kata kata yang di kutip di mana di jadikan alasan untuk menyokong DAP, tapi tahu ke budak budak ini apa DAP dah buat pada mak bapak kamu, kalau DAP menentang islam, kamu nak cakap apa pasal DAP...sapa yang kata langkah bangkai dia untuk tegakkan islam, siapa yang melarang berarak sambutan maulud, siapa yang larang azan, siapa yang kononnya menyamar khalifah omar...begini lah kamu teruskan usaha kamu sebab kamu bukan dapat buat apa sumbangan pun...biar matang berpolitik dan paham apa politik boleh buat pada Negara, jangan menyesal bila dah bercucu nanti..fikir...

    ReplyDelete
  2. Apa betul ke tiada pemimpin DAP yang berkereta mewah!??! Lawak apa pulak nih?? Kalo ada dan disorok siapa tahu dan jelasnya mereka memang berselindung dari kemewahan...

    ReplyDelete

Labels