Followers

Monday 29 September 2014

Kedudukan EXCO Selangor , Hinanya PAS Di Mata PKR !!!


Sebagai sahabat rasanya kenyataan seperti diatas tidak perlu dikeluarkan oleh seseorang yang punya jawatan dalam parti.Namun sejak dua menjak ini nampaknya PAS seolah-olah telah merimaskan sebahagian besar dari kalangan pimpinan PKR.

Bukan itu sahaja wakil rakyat PAS pun mula menjauhkan diri dari parti sendiri malahan turut mencabar presiden parti supaya membuktikan dakwaan bahawa mereka di beli oleh PKR.Sesuatu yang jarang berlaku dalam parti PAS sebelum ini.

Bai'ah pula jangan cakaplah dibuat main-main ja , sampai hari ni tak ada sebarang tindakan yang diambil.Apa dah kena dengan PAS ?? Rasanya takut herdikan PKR dan DAP !!!!

Sebagai pemerhati politik MMI tumpang simpati apabila PAS kini begitu hina dimata pemimpin PKR tetapi apa boleh buat mereka masih mahu terus setia menjadi gurkha kepada Pakatan Haprak.

Kini mereka akan dipergunakan lagi !! UMPAN PKR ditabur lagi .... 
PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam Sabtu belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.
"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.
Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.
Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.
Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.
Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib. 
Pukoi rata MMI yakin PAS akan sekali lagi tunduk dengan jawatan !!! Soal prinsip dan integriti hilang sebab sedapnya UMPAN !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels