Followers

Thursday 18 September 2014

GEMPAR Calon PAS Di PRK #PengkalanKubor Hilang KELAYAKAN ?!!!


Bagi tiap-tiap pilihanraya sama ada pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil , pihak SPR merupakan badan yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan melakukan segala macam hal berkaitan pemilihan rakyat termasuklah undang-undang yang dikenakan.

Seperti biasa bagi satu-satu pilihanraya hanya parti-parti yang bertanding sahaja akan dibenarkan untuk berkempen dan melakukan kerja-kerja parti seperti mana kebiasaannya.

Kini proses yang sama sedang berjalan di Pengkalan Kubor dan semenjak hari penamaan calon lagi kerja-kerja kempen mula digerakkan.

Dalam proses tersebut dikesan beberapa keadaan yang dirasakan amat WAJAR diberikan perhatian dengan kadar SEGERA oleh pihak SPR memandangkan terdapat pihak-pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan parti bertanding turut sama berkempen untuk parti PAS !

Sebelum ini PKR yang tidak bertanding di Pengkalan Kubor dikesan turut membuka bilik gerakan mereka.


Menurut sumber pihak SPR sudah 3 kali hadir ke bilik gerakan terbabit memaklumkan supaya banner diturunkan namun sehingga kini pihak terbabit masih belum melakukannya.

Soalnya kenapa mereka tidak patuh kepada arahan SPR ? Malah mengapa SPR tidak mengambil tindakan memandangkan sudah 3 kali bilik gerakan itu diserbu ?

Kini perkara yang sama berulang apabila NGO R yang digerakkan oleh PASMA dan Anwarinas dikesan turut berkempen bagi parti PAS selain daripada menyebarkan risalah.

Mereka turut dikesan memasuki premis-premis kerajaan berkempen untuk calon PAS !! 



Apakah tindakan seperti ini dibolehkan ? Bukan MMI mahu mempertikaikan SPR tetapi sekurang-kurangnya ia diberikan PERHATIAN dan ada tindakan diambil.

Secara dasarnya parti lawan PAS sudah pun melakukan kesalahan dengan membiarkan tindakan seperti ini.MMI yakin jika diambil kira pihak SPR sudah pun punya BUKTI kukuh untuk mengambil tindakan SEGERA terhadap PAS dengan menarik balik pencalonan PAS untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor !!

Mudah kata calon PAS hilang KELAYAKAN disebabkan parti dan jentera pro PAS melanggar undang-undang sedia ada.

UNDANG-UNDANG sedia ada HARUS digunakan jika tidak apa perlunya UNDANG-UNDANG !!!

MMI

1 comment:

  1. Sedar tak? Semuanya muka2 LOSER dan muka2 BODOH.

    ReplyDelete

Labels