Followers

Tuesday, 30 September 2014

Kenapa PEMBANGKANG Beria-ia Mahu Mansuhkan Akta Hasutan 1948 ?


Pembangkang dilihat begitu teruja dan beria-ia mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 kononnya kerana memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara.Dalam masa yang sama terdapat ramai rakyat Malaysia diluar sana yang masih mahukan akta ini dikekalkan.

Soalnya kenapa pembangkang begitu beria-ia mahu memansuhkannya ? Adakah hak kebebasan bersuara menjadi faktor utama niat dan tujuan mereka ? 

Dalam masa yang sama Majlis Peguam turut terkinja-kinja menyokong usaha ini serta bersama-sama dengan gerakan pembangkang untuk memansuhkannya.

Apakah sebab sebenar Majlis Peguam beria-ia mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan sebab sebenar ini TIDAK PERNAH DI BINCANGKAN SECARA TERBUKA OLEH BAR COUNCIL DAN AMBIGA DALAM MANA-MANA MAJLIS ATAU PENULISAN MEREKA. 

Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948. 

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI DI BAWAH AKTA HASUTAN. 

AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEMAKIN RAMAI DI PARLIMEN DAN SATU HARI NANTI MEREKA MENGIMPIKAN UNTUK MENJADI KERAJAAN. 

TETAPI SELAGI AKTA HASUTAN TIDAK DI MANSUHKAN MEREKA TIDAK AKAN MAMPU MENGHAPUSKAN RAJA-RAJA MELAYU, HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BAHASA MELAYU MELALUI PARLIMEN KERANA TINDAKAN ITU AKAN MERISIKOKAN MEREKA DI KENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA HASUTAN. 

Nampak tak permainan mereka ? Sekarang mereka menghujahkan Akta Hasutan menyekat kebebasan bersuara lah, menganiaya Adam Adli dan Ali lah, padahal itu bukan sebab sebenar. 

Itu modus operandi mereka untuk divert isu saja. 

Sebab itulah kita kena sama-sama mempertahankan Akta Hasutan 1948 !! sumber 

Mereka-mereka ini licik dan kita perlu faham rentak dan permainan mereka.Rata-rata rakyat yang terlalu taksub dengan ideologi politik pembangkang sering kali tertipu dan sayangnya ada sebahagian daripada kita iaitu PAS yang turut sama menjadi penyokongnya.

Jangan jadi BUTA wahai PAS !!!

MMI

1 comment:

  1. ..nak kan tanah kena bunuh tanah, tu sbb dilabelkan umno berbagai2, sampai pak2 lebai pun nak sembelih umno. Kerana umno sinonim pemilikan Malaysia dari merdeka...

    ReplyDelete

Labels