Followers

Sunday, 21 September 2014

OMG BARUA Dalam Muktamar PAS !!!


Nampaknya muktamar PAS tahun ini benar-benar membuka pekung parti PAS yang satu ketika dulu mengaku alim.Bahkan mereka sering kali berbangga dengan perjuangan parti sehingga pihak lain dianggap sebagai KAFIR !!

Pada pandangan MMI , sudah semestinyalah sebagai parti dan mereka yang mengaku lebih Islam ini harus menjaga perwatakan masing-masing agar ianya selari dengan asas yang mereka sendiri pegang.

Namun semuanya berubah setelah sumpah bersahabat dilafazkan oleh PAS kepada PKR dan DAP.PAS seolah-olah mahu segera berubah menjadi seperti mana sahabat mereka yang sering kali terjebak dalam krisis politik atau drama politik yang berlaku sebelum ini.

Jangan lupa DAP terjebak dengan isu CEC manakala PKR terkenal dengan aksi baling kerusi !!

Kini PAS juga on track , bukan sahaja dengan aksi bantai membantai sesama perwakilan tetapi sudah sampai ke tahap mengusung maskot mayat sewaktu proses penamaan calon bagi PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Tuduhan , menghasut dan memfitnah nampaknya kini menjadi makanan buat puak-puak PAS sehinggakan Presiden parti sendiri mula pandai menyebut "BARUA" dalam muktamar parti sendiri.
BATU PAHAT: PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti.
"Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua.
"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu," katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.
Lihatlah apa yang telah berlaku !! MMI optimis Hadi bukan begitu tetapi soalnya siapa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian ?

ANWARINAS ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels