Followers

Wednesday 24 September 2014

PAS HANYUT Bukan Setakat Taktik Kotor Serba Serbi Ada Di #PengkalanKubor


Perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab merosakkan kira-kira 20 kain rentang Barisan Nasional (BN) yang dipasang sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor di sini.

Kejadian itu disedari jentera BN setelah membuat rondaan semalam dan mendapati kain rentung berkenaan dikoyak manakala tiang aluminium yang menyangkut poster pula dirosakkan.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Rosdi Abdul Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan dan politik kotor.

"Hari ini, hampir 20 kain rentang yang kita pasang di kawasan Dun ini telah dirosakkan bahkan besipun dipotong, bererti mereka mengambil tindakan ini secara terancang kerana kerangka besi itu tidak boleh dirobohkan dengan sewenang-wenangnya tanpa menggunakan peralatan tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihati penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak mengambil sebarang tindak balas yang boleh menimbulkan kekecohan.sumber bernama

Begitulah sikap jentera PAS di pengkalan Kubor setelah siri kempen mereka GAGAL menarik sokongan penduduk , mereka mula mengubah strategi dengan menjadikan fitnah sebagai cara untuk menjatuhkan Barisan Nasional.


Macam mana pula dengan banner-banner yang PAS pasang ?? Ade BN ganggu ? Walaupun kita tahu ianya adalah tuduhan berbau FITNAH , BN mengambil pendekatan dengan menjawab tuduhan tersebut bukan dengan menjadikan emosi sebagai pemudah cara.

Malah ada yang lebih dasyat dari itu , siap berdoa supaya mata pengundi dibutakan !!! Klik Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels