Followers

Sunday 21 September 2014

PAS Lakukan KESILAPAN BESAR Tak Gunakan MUKTAMAR Untuk PERBAIKI PARTI !!! #PengkalanKubor


Semua orang kenal dengan Mat Sabu pemimpin nombor 2 parti PAS yang menjadi 'key maker' kepada apa yang sedang berlaku dalam parti itu hari ini.Ketaksuban Mat Sabu terhadap perjuangan Pakatan Haprak begitu JELAS tatkala beliau berjaya menduduki takhta nombor 2 dalam parti PAS sebagai Timbalan Presiden.

Sebagai Timbalan rasanya Mat Sabu WAJIB untuk bersama-sama dengan Presiden Hadi Awang dalam apa jua keadaan namun apa yang berlaku sebaliknya.Beliau yang kini jauh berubah tidak lagi menjadi gurkha parti tetapi sudah mampu untuk berdiri sama tinggi dengan pemimpin-pemimpin yang sering kali beliau fitnah sebagai perasuah.

Sebelum ini kita pernah mendengar tentang suara-suara dalaman PAS yang menyebut bahawa kita tidak perlu menunggu sehingga muktamar untuk menjatuhkan Hadi Awang.Suara itu kemudiannya diterjemahkan dengan kewujudan 2 kumpulan yang kini sedang bertelagah dalam parti PAS.

Po Ulama dan Pro Anwarinas yang kini sedang berdepan diantara satu sama lain bukan sahaja menyebabkan PAS hilang integirti sebagai sebuah parti politik tetapi telah mengheret parti itu untuk berdepan perpecahan.

Kewujudan PASMA dilihat banyak pihak sebagai alternatif dan persediaan awal oleh kumpulan pro anwarinas sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.

Malah kerana semua itu , muktamar PAS tahun ini bukan sahaja menyaksikan linangan air mata kecewa tetapi turut menampilkan hujah-hujah atau serangan secara terus terhadap kumpulan tertentu mahupun pemimpin tertentu.

Sesuatu yang sukar dilihat berlaku dalam parti PAS selama ini.

MMI masih optimis bahawa kumpulan yang pro kepada ulama dalam PAS masih punya kekuatan untuk meneruskan perjuangan parti dan kerana itu mereka sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar apabila tidak menggunakan muktamar kali ini untuk memperbaikinya.

Rata-rata perwakilan yang mengaku menyokong dan bersama kepimpinan ulama tidak langsung berani untuk mengusulkan supaya kedudukan Timbalan Presiden parti dinilai semula.Dalam erti kata lain perwakilan PAS yang sayangkan perjuangan parti dan kedudukan Islam sepatutnya mengambil peluang ini untuk SEGERA bertindak menghalang Mat Sabu daripada terus-terusan menjadikan PAS sebagai pentas untuk menyusup agen-agen serta ideologi ANWARINAS ke dalam parti !!

JANGAN lupa inilah pemimpin yang mahukan supaya PAS berubah menjadi parti sosialis seperti mana sahabat sesyurga mereka DAP.Untuk apa mengikut jejak DAP jika bukan untuk menanam ideologi ANWARINAS yang kini sudah mula mengusai parti itu.

Yang pasti PAS akan terus kekal mempunyai Timbalan Presiden bernama Mat Sabu dan ianya memerlukan tempoh masa yang lama untuk melihat perubahan yang memihak kepada kumpulan pro ulama.

Setakat memakai vest kami menyokong presiden dan dewan ulama rasanya tak kemana !!!

Warga Pengkalan Kubor JANGAN BUAT SILAP !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels